kenapa cipp.. kau berucipp.. kenapa cipp.. cipp cipp cipp

South Seafood


Last week one of my best buddy kat tempat kerja, L belanja berbuka puasa. Sebenarnya kitorang semua sekali 3 orang memang akan belanja makan ikut turn masing-masing.. kebetulan turn dia jatuh dalam bulan puasa, so belanja buka puasa lah jawabnya.. walaupun sebenarnya L ialah penganut Kristian tp sebab nak belanja dia pun puasa juga hari tu (puasa x makan jer) lol :D

Mula-mula kitorang tak kisah sebab orang nak belanja buka puasa kan? terima jer lah.. then L and her partner bawak kitorang ke satu tempat makan seafood yang super amazing!!~

Semua sekali 4 orang yg terlibat, L and her partner, E and me.. antara ramai2 cuma partner L jer yg pernah makan kat situ, yang lain-lain memang tak pernah jejak kaki pun.. and this is the place..

South Seafood

South Seafood Subang Jaya, berdekatan dengan airport SkyPark Subang.. kalau dari Subang Jaya ikut Jalan Lapangan Terbang Subang terus jer.. selepas airport ambil jalan kiri.. nanti akan jumpa di tepi jalan sebelah kanan..

and the menu..


kerapu 3 rasa


udang lipan masak kicap kowt


sotong celup tepung


tom yam campur (wajib ada)


ayam lemon


sayur mesti ada

and the winner of that night goes to

ketam masak kamilang or kailang (lupa daa)

kesimpulannya, tempat seafood tu merupakan tempat makan mewah.. tp partner L ade backup dia so takpelah.. lagipun diorang nak belanja kan?? overall tentang masakan memang super sedap.. dan surrounding juga best amat..

antara landskap yang ada

business hour

thanks L for the treat :D...


more pictures













syok




sangat syok apabila layan movie dekat panggung yg tadak orang.. macam panggung itu kita punya.. lol

Kereta Paling Kuat



Aku ada satu teka teki.. antara banyak-banyak kereta, kereta apa paling kuat?

kereta kebal? salah... kereta perisai?? salah..

dan jawapannya adalah...




tadaa.. ehehe..

Iftar Ramadan


Selamat berpuasa diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat yang menjalani ibadah ini. Alhamdulillah dipertemukan lagi kita dengan bulan yang penuh barakah, Ramadan Al Mubarak.

Tiba je bulan puasa, mesti teringat juadah berbuka. Juadah yang tak pernah kita jumpa pada hari kebiasaan akan banyak muncul pada bulan puasa ini. Dan sebab inilah bulan Ramadan juga adalah bulan rezeki kepada umat-Nya..

Minggu lepas aku berbuka puasa (iftar) buffet bersama-sama kawan sekerja di Bora Asmara. Terletak di Sungai Penchala, berhampiran Taman Tun Dr Ismail dan Bandar Utama. Harganya?? seorang dalam RM49.50 termasuk caj dan servis. Di Sg Penchala ada Bora Asmara manakala di Ampang ada Bora Ombak..

pintu masuk Bora Asmara

Apa yang menarik tentang Bora Asmara ini ialah kawasannya. Restoran ini boleh dikatakan terletak di kawasan kampung yang agak tenang. Panorama dan pemandangan dalam restoran ini juga indah, tenang dan cantik, amat sesuai kalau nak lepak atau keluar berdating.. juga ada percussion yang bersedia menghiburkan anda dari meja ke meja.. hee :D

percussion yang 'ohsem'

Keseluruhannya untuk makanan aku beri rating 4/5. Satu yang tak best tentang makanannya ialah pada hari itu tiada menu western.. aku memang teringin nak makan western buffet sebenarnya.. dan makanan yang paling best ialah kambing bakar.. Kambing bakarnya memang sedap dan juicy, disertakan sos lada hitam dan sos pudina.. fuhh antara yang terbaik pernah aku santap..

favourite kamben bakar sebelum diserang


boleh juga lepak di wakaf yg disediakan

panorama lebih cantik apabila waktu malam