kenapa cipp.. kau berucipp.. kenapa cipp.. cipp cipp cipp

truly idol

this is the truly idol.. Datuk Nicol Ann David.

Kenapa? sebab Datuk Nicol boleh seimbangkan kejayaan dalam pelajaran dan juga sukan. For your info Datuk Nicol yang juga merupakan pemain skuasy wanita No 1 dunia telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR (7A) dan juga SPM (7A)..

dan peluang bertemu Datuk Nicol memang tidak disia-siakan. Tahniah kerana baru sahaja memenangi CIMB Malaysia Open Squash 2011 kategori wanita.. Congrats!!

before the game


after the game


the commentators


congratulations!!

Ganu Kite

Minggu yang lepas aku telah ke Terengganu untuk satu urusan. Sebenarnya aku ada kursus 2 hari di IKBN Wakaf Tapai, jalan Kuala Terengganu - Kuala Berang.

Ini merupakan pengalaman pertama aku 'driving' ke Negeri Darul Iman ini dari Kuala Lumpur. Perjalanan yang memakan masa hampir 6 jam dengan jarak sekitar 450km. Sepanjang perjalanan aku hanya ditemani oleh applikasi GPS dalam telefon, dan aku berjaya juga sampai ke destinasi. Yeah!!

Selesai sudah kursus, sempat juga aku berjalan-jalan di sekitar bandar Kuala Terengganu untuk melihat-lihat bandar ini. Kali terakhir menjenguk bandar Kuala Terengganu ini kalau tak silap aku 5 tahun yang lepas, pada ketika itu aku tumpang bermalam di rumah kawan di Durian Guling.


kalau melintasi jambatan dkt Kuala Terengganu memang akan nampak sign ini dengan sangat jelas

Masjid Terapung..


takkan lengkap kalau tak singgah beli keropok losong dulu kan

saja-saja melawat Taman Tamadun Islam.. time sekolah dulu takde duit nak ikut rombongan sekolah kan..

Masjid Kristal ini sangat silau terutama pada waktu tengah hari begini..

Marion??~

Me: Terima kasih kerana menghubungi ____, apa yang boleh saya bantu?

Customer: Hello, saya nak tamatkan akaun saya. Macam mana ye?

Me: Boleh saya dapatkan butiran akaun cik dulu?

Customer: Ok, ini no akaun saya.. bla bla bla

Me: Terima kasih, dan nama cik?

Customer: Marion..

Me: Marion?? (gulp.. check full name, address, bla bla bla )

Customer: ye saya..

Me: Ini no telefon bimbit Cik Marion kan? bla bla bla bla

Customer: ye betul


.
.
.
.
.


Me: Boleh saya tahu kenapa nak tamatkan akaun yer?

Customer: Saya nak berpindah, dah tak tinggal kat tempat lama lagi..

Me: Cik nak pindah ke mana yer?

Customer: Sekarang saya menetap di _____, dan akan berpindah ke _____

Me: Oh kalau macam tu cik kena pergi ke mana-mana cawangan _____ yang berhampiran untuk tutup akaun.

Customer: Tak boleh buat secara online ke? Lagipun saya sibuk tak boleh ke cawangan _____ tu..

Me: Saya faham.. (mcm aku tak tahu je takkan die nak pergi sendiri kan) jangan risau cik boleh hantar wakil. Dengan syarat bawa salinan IC sekali..

Customer: Oh kalau macam tu takpelah.. nanti saya akan hantar wakil

Me: Ada apa-apa lagi cik?

Customer: Itu saja.. terima kasih yer..

OMG!! Marion?? am I just talking to Marion Rose Caunter??