kenapa cipp.. kau berucipp.. kenapa cipp.. cipp cipp cipp

Sg Pertak

Sudah lama tidak berendam di dalam air terjun. Beberapa hari yang lalu aku berkesempatan berkelah di air terjun yang terletak di Sungai Pertak, Kuala Kubu Baru.

Perjalanan memakan masa hampir 3 jam dari ibu kota Kuala Lumpur. Ini merupakan kali terakhir aku menghabiskan waktu bersama kawan-kawan sepejabat sebelum aku ditukarkan ke bahagian lain.

on the way

Perjalanan diteruskan dari KL menuju ke Rawang, sebelum ke Kuala Kubu Baru. Sepanjang perjalanan memang tenang dan mendamaikan kerana dijamu oleh pemandangan cantik kiri dan kanan serta melalui lereng-lereng bukit yang sangat sejuk. Sebelum tiba ke destinasi, akan melalui satu empangan yang amat indah panoramanya. Sangat sesuai untuk memancing..

empangan

Dan sampai sahaja terus makan dahulu dengan bekalan yang ada sebelum terjun ke dalam air.. Fuhh amat sejuk air bukit ini.. Berendam sehingga tak sedar hari pun dah lewat petang..









Kapar Road

Hari ni aku menemani kawan aku pergi survey beberapa buah kedai tayar kat Klang. Kawan aku nih berhasrat untuk membeli sport rim bagi kereta Saga FL putihnya yg diberi nama 'Shiro'.. Ya, kasut baru untuk Shiro.

Jadi area yang dituju tak lain ialah Jalan Kapar, Klang. kawasan ni adalah tempat dimana aku tukar kasut untuk Meevo tidak lama dahulu. Mungkin kawan aku ni berkenan sangat dengan kasut sukan Meevo agaknya..

kedai papan

Di sini adalah tempat persinggahan pertama..Diberi jolokan "Kedai Papan", memang ramai pelanggan dekat kedai yang pertama ini. Tempatnya betul-betul di depan stesen minyak Shell. Nama kedai Perniagaan Tayar Hing Leong. Tiba je kami terus pergi melihat rim yang bersaiz 16".. ya memang banyak pilihan di sana sehingga rambang mata. Harga yang ditawarkan pun memang menarik habis.. tapi yang kurang menarik ialah perkhidmatan yang diberi. Hampir 30 minit berlegar tetapi tiada seorang pun yang datang ke arah kami untuk bertanya. Bad service!!!

pelbagai aneka rim

rambang mata wooo..

pelbagai size

Terus ke tempat yang kedua. Ya, ini ialah tempat aku beli kasut untuk Meevo, Leong Seng Tyre & Alloy Service.. tapi pilihan yang ada tidak sebanyak pilihan di kedai pertama tadi.. so we move on to last stop yeahh!!

kat sini Meevo beli kasut tempoh hari

Last stop kat Perniagaan Tayar Hiap Hoe Loon Tai.. lokasi betul-betul di hadapan Carrefour Klang, dekat junction traffic light.. kami ada terbaca dalam blog bahawa layanan di sini ada class. Ternyata betul kerana tibanya kami di sana terus disambut mesra oleh pekerja mereka.. apa lagi kawan aku nih terus senyum lebar lah.. sebab layanan yang diberi memang tip top, wang pun dah tak jadi masalah.. thats how u do business ok!! harga yang ditawarkan untuk setiap rim pun lebih murah..

service hebat!

banyak pilihan juga

rim yang kawan aku nih berkenan.. ok ke??

ops meevo



Manusia yg hilang pedoman akan melakukan apa sahaja untuk mencari duit dengan cara mudah. Dan salah satu caranya adalah dengan mencuri..

Teman serumah aku, Faiz baru saja pakai kereta Neo CPS.. belum sampai 2 minggu dah kena rembat keempat-empat tayar sport rim standard untuk Neo CPS.. sebelum nih di blok tempat kami meletak kenderaan belum pernah ada kes lagi kecurian sebegini..

Anggaran masa kecurian: Ahad 24 April 2011 antara jam 1230 pagi hingga -1100 pagi keesokan hari..

Nero terbang


dan selang beberapa hari kemudiaannya.. giliran Meevo pula menjadi mangsa..


Meevo tempang

aku mendapat khabar berita ini pada hari Khamis 28 April 2011 jam 7 malam daripada teman serumahku, Irwan. Mula-mula macam tak percaya sebab kami selalu berseloroh tentang kehilangan roda kereta masing-masing. Tak sangka kejadian ini menimpa Meevo pula. Untuk makluman pada minggu lepas aku ke tempat kerja dengan menaiki motosikal sahaja..

Aku terus pulang ke tempat parking kereta dan terbukti benar.. Saat pertama memandang Meevo, hati aku luluh..sedih dengan keadaan kereta aku yang tempang sebelah kanan..aku dah anggap Meevo seperti belaan aku yg bernyawa.. terus aku ambil tayar spare untuk dipasang dan bata yang digunakan untuk menahan kereta digantikan dengan 'car jack'.. Selepas itu terus membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara

police report

kedua-dua roda di sebelah kanan hilang dicuri.. aku jangka pencuri tidak dapat mengambil roda sebelah kiri kerana kesuntukan ruang untuk mengeluarkan roda terbabit..

aku syak pencuri melakukan kegiatan ini pada waktu pejabat, kerana pada malam sebelum kejadian aku keluar menonton drama perlawanan Real Madrid vs Barcelona dan pulang sekitar 5 pagi.. Kemudian jam 8 pagi pula Irwan beritahu kereta masih dalam keadaan baik sebelum die ke tempat kerja..

Pening juga kepala memikirkan siapa yang sudi meminjamkan tayar spare buat sementara waktu untuk membawa Meevo ke kedai tayar. Pada mulanya aku meminjam tayar spare Viva Elite milik kawan tempat kerja, Laurina.. apabila dicuba tidak muat pula. Nasib baik kawanku Aalia sudi meminjamkan tayar spare Myvi nya.. siap dipasang Meevo dibawa ke salah sebuah kedai tayar di Klang.. ke tempat yang sama Nero dibawa tempoh hari..

Alang-alang menukar tayar..biar puas hati.. Terdapat sangat banyak jenis-jenis sport rim di kedai tayar tersebut.. Bagiku ini juga merupakan peluang untuk aku menambah aksesori untuk Meevo biar nampak lg garang.. aku ada juga membuat rujukan dan bertanya kepada beberapa orang pakar sebelum memasang roda baru..

meevo setelah siap dipasang tayar spare

Mula-mula sekali aku memilih untuk memasang rim 2nd hand sahaja untuk lebih jimat.. Malangnya tiada yang sesuai dengan jiwa Meevo. Dan..dengan pertolongan bapa Faiz sebagai jururunding dengan pemilik kedai tayar terbabit.. aku memilih untuk memasang sport rim yang agak berbeza daripada kebanyakan kereta.. size 16" dan tayar 45.. sila lihat gambar operasi Meevo dibawah..


antara koleksi rim yang ada

sebelum operasi

semasa operasi

semasa operasi

semasa operasi

bye bye roda lama

aku lebih suka design yang simple.. dengan tona warna yang lebih ideal dengan warna asal Meevo.. inilah hasilnya apabila terlalu banyak sangat menonton Deco Bersama Eric.. hehee.. suprise!!! lagi dua roda yang terselamat aku tolak dekat kedai tayar tersebut.. jadi plus minus duit yang dibelanja pada hari itu adalah... rahsia..

pandangan kanan

pandangan kiri

dan aku sangat-sangat bersyukur kerana belum sampai 2 hari aku dikhabarkan dengan berita kehilangan roda.. ade pula rezeki lain yang datang.. Alhamdulillah.. :D

.: Futsal Tournament :.


Ahad lepas aku ada join satu tournament futsal. Tournament kali ini adalah antara company-company yg bernaung bawah TM.. antaranya VADS, CELCOM dan lain-lain... ini adalah tournament futsal yg pertama utk tahun ini..

Malam sebelum tournament kitorg bersepakat nk carik jersi utk team.. cari-cari kt uptown Danau adelah jumpe jersi Barcelona nih yg warnanya lain dari yang lain.. Team ini diberi nama Kroko Team.. ade sejarah di sebalik nama tersebut..

Belakang kiri; Adli, Azwan, Mamat, Redzuan, Shah.
Depan kiri; Fikri, Hanis, dan aku sendirik..

Ada 40 team bertanding dengan 8 kumpulan.. Kroko Team diletakkan di dalam kumpulan B bersama-sama 4 team yang lain.. Dalam kumpulan B ade satu team dari Melaka.. juga satu kumpulan dengan naib juara tahun lepas, AWOL FC..

Ada 4 perlawanan dalam kumpulan yg perlu diharungi.. Perlawanan pertama Kroko Team tewas tipis 0-1.. perlawanan kedua tewas lagi tp dengan jaringan 1-2.. kemudian Kroko Team bangkit untuk perlawanan ketiga menang 2-1 dan perlawanan terakhir menang 2-0 dengan AWOL FC.. jadi keseluruhan statistik..


P

W

D

L

G

GD

PTS

KROKO TEAM

4

2

0

2

5

1

6


Dukacita hanya juara kumpulan saja yg layak ke peringkat kalah mati.. iaitu AWOL FC dengan kutipan 9 mata manakala Kroko Team hanya sekadar 6 mata.. dan paling mengejutkan ialah AWOL FC muncul sebagai johan keseluruhan tournament ini.. Walaupun gagal ke peringkat kalah mati namun Kroko Team berjaya menewaskan AWOL FC 2-0 dalam peringkat kumpulan.. satu-satunya team yang menewaskan team yg muncul juara keseluruhan... pencapaian yg boleh dibanggakan untuk team yg baru saja pertama kali menyertai acara sebegini.. heheee.

bersedia turun padang


beraksi samba


penerangan oleh kapten pasukan.. yeahh


akibat lambat panaass.. game terakhir baru nak tunjuk taring

Punk Core Trip

Tanggal 22 Feb - genap setahun aku bekerja di salah sebuah syarikat swasta. Sempena setahun itu jugalah group aku buat trip ke Pulau Pangkor, Perak. Trip kali ini dinamakan Punk Core 1st Anniversary IBM 31. Untuk makluman semua IBM 31 merupakan team tempat kerja aku yang terdiri daripada 13 orang kesemuanya, termasuk supervisor sekali.

Ahad, 6 Mac 2011
=================

2300: Mula berkumpul. Sementara menunggu semua tiba, minum dan makan di kedai mamak TTDI.

Isnin, 7 Mac 2011
=================

0100: Bertolak ke Lumut jam 0100. Perjalanan dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya 3 jam. Perjalanan melalui laluan dalam Klang - Kuala Selangor - Teluk Intan - Lumut. Peserta seramai 12 orang (6 lelaki + 6 perempuan) dengan 3 buah kereta.

Peserta lelaki;
dari kiri: wan, shah, mat nor, deng, rikki, hanis



Peserta wanita;
dari kiri: ain, zaleha, naeimah, akma, ajja, shima


0400: Tiba di McDonalds Manjung. Sementara menunggu pagi menyinsing, masing-masing membuat aktiviti untuk mengisi masa terluang. Ada yang bermain bola tampar yang dibawa bersama, bermain gitar, dan juga menonton perlawanan Real Madrid secara langsung. McDonalds sentiasa menjadi destinasi sarapan setiap kali 'outing'.

0800: Tiba di Jeti Lumut. Mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.

Jeti Lumut sebelum menaiki feri



0930: Tiba di Pulau Pangkor. Bersiar-siar seketika di pekan. Kemudian menaiki van untuk ke destinasi penginapan kami iaitu D'Rimba Chalet. Selepas check-in, masing-masing tak sabar untuk mandi dan terus terjun ke laut walaupun matahari tegak atas kepala.

1300: Aktiviti bebas. Aku mengambil peluang mengisi masa dengan merehatkan badan. Ada yang menyewa motor untuk meronda-ronda pulau.

1900: Mula bersiap-siap menyediakan bara untuk sesi BBQ malam nanti. Menu malam itu ialah nasi goreng, ayam bakar, sotong bakar, dan sosej bakar. "Kito bakor..kito bakor..." Kemudian slot malam itu diisi dengan sesi bertukar hadiah. Aku mendapat hadiah yang amat 'special'. Thank you Hanis. Malam itu juga masing-masing mengelilingi unggun api dan bermain permainan "Truth or Dare".

BBQ




Selasa, 8 Mac 2011
==================

0100: -Masuk tidur-

#
#
#

0800: Bersiap-siap untuk "Snoorkeling". Bersarapan pagi dan terus pergi ke tempat snoorkeling, Pulau Giam. Pengalaman "Snoorkeling" dikelilingi ikan-ikan yang pelbagai corak dan warna amat mendamaikan. Juga mengambil peluang memberi makan ikan-ikan.

1300: Mula bersiap-siap untuk pulang menaiki feri ke Lumut. Selepas 'check-out', bersiar-siar di Pekan Pangkor untuk membeli buah tangan dan cenderahati untuk dibawa pulang. Tak melepaskan peluang merasa laksa dan kopi ais 200.

Menaiki feri pulang

1700: Tiba di Jeti Lumut. Sebelum bertolak pulang ke KL, minum petang di sebuah restoran lokasi tepi laut. Pemandangan cukup indah permai.


abc special

lai chi kang

2300: Selamat tiba di ibu kota Kuala Lumpur.

-sekian-