kenapa cipp.. kau berucipp.. kenapa cipp.. cipp cipp cipp

Ada brani?


Hari tu aku ada terpandang satu iklan promo kt AXN.. pasal The Amazing Race Asia Season 4 (TARA). Sekarang nih AXN sudah buka penyertaan utk TARA.. tarikh tutup 22 Mac 2010 ni..

If you have what it takes.. dan rasa nak menang hadiah utama USD100,000 boleh la join.. tp syarat kene ada teammate la.. xbleh kalo nak join sorg2.. ckp sorg2 depan kamera nanti org cop gila pulak.. Risau nk tinggal semayang kalo da join program nih?? Tanyalah Ustaz!!

For more info>> http://www.axn-asia.com/tara . Ada bran??

Pengorbanan ibu..

Oh ibu.. kau disiram bayu pagi.. (penulis mencuri sedikit bait lirik daripada lagu yg pernah terkenal suatu ketika dulu).. sekarang ke mana penyanyi asal itu pergi? tuuuttt...

Alkisah mau diceritakan satu kisah pengorbanan ibu yang penuh ranjau dan rintangan dalam meneruskan kehidupan.. dirasakan kehidupan itu tidak adil baginya.. kenapa dia perlu bersendirian membesarkan anak-anak sedangkan yg lain2 boleh bergantung hidup dan meluahkan masalah pada yg lain?? memang dunia ini kejam!! Sudahlah mengandung, ditinggalkan si bapa durjana pula.. triple kejam!!! "&&@^#*@^%@^#&^#%@!!" rungut si ibu sendirian.

Mulanya si ibu asyik berpindah ke sana ke mari untuk meneruskan kehidupan.. ibarat kaum badawi yg sentiasa berpindah randah. Bukan mahunya kerana tidak semua tempat baru menjanjikan rezeki baginya.. dirasakan penat sehingga menitis keringat namun digalas dengan penuh iman, ihsan, dan iltizam..

keadaan itu akhirnya berubah setelah si ibu menjumpai satu destinasi yg dirasakan ibarat syurga dunia baginya.. kerana tempat itu walaupun tidak berapa selesa namun setakat dapat memberikannya makan dan minum dan juga dapat menampung keperluan anak2nya yg masih mentah.. dia tidak kisah sama sekali. Atas ihsan tuan tanah, dia diberikan tempat berteduh di belakang rumah, walaupun sebuah bilik stor namun dia amat bersyukur..

Hampir 2 bulan berlalu.. si ibu hidup dgn gembira.. anak2nya pula semakin membesar dan sudah pandai belajar mengajuk kelakuan dan pertuturannya. Tidak ada apa yg lebih menggembirakan hati ibu selain melihat anak2nya mmbesar dgn sihat.. pernah suatu ketika bilik tempatnya berteduh diceroboh, ketika itu dia bersama 2 anaknya sedang beristirehat.. nasibnya baik krn mereka tidak diapa-apakan..

Kandungan si ibu semakin sarat, mungkin bila2 masa shj dia bisa melahirkan.. tetapi si ibu tetap jua mencari rezeki buat 2 anaknya.. eh 3 anaknya.. 4.. eh brp haa?? akhirnya si ibu dapat mencari rezeki dan mau pulang utk berkongsi bersama anaknya yg lain.. apalah nasib badan, sedang asyik menikmati.. si ibu terperangkap bersendirian.. lebih panik lg apabila air ketuban si ibu sudah mulai pecah menandakan waktu utk bersalin di kawasan itu dan kawasan yg sama waktu dengannya.. "Oh No!!!" jerit hati si ibu.. Situasi cemas seperti dlm filem Panic Room.. (alaa cte yg Kristen Stewart masih kecik lg tuu..).

Derita yg terpaksa ditanggung oleh si ibu ini amat hebat sekali, tak tercapai oleh mana2 akal fikiran produser utk dibuat filem.. pasti meletoop.. Lama mengerang kesakitan, akhirnya si ibu berjaya melahirkan bukan 1.. bukan 2.. bukan 3.. tetapi 4 orang anak.. "Haaa amek kau" bisik hati kecil si ibu. Tak disangka begitu murah rezekinya pada hari itu.. Tidak lama selepas itu pula tiba-tiba terpancar cahaya dalam bilik yg sejuk dan gelap itu..

"Haa dah mengena"

"Kan aku da cakap, daripada terbiar jer sangkar ni baik kita buat perangkap"

"Yer laa.. idea ko memang bijak.. kreatif lagi futurastik dan berinovasi tinggi.. tidak lupa juga berdaya saing"

"OK amek yg tu dlu.. kasi mampos dulu pastu kita wat lagi. Ada lagi lebih kurang minima 3 ekor lagi dlm tu kot"

"Eh ada baby2 kecik lg baru lahir nih.. cute nya leh wat sambal utk kucing makan nih"

"Hahaha"

pengorbanan ibu..


nasib anak


ps: cerita di atas bukan 100% benar, sengaja diletak ajinomoto utk menyedapkan lagi jalan cerita.. TQ