Manusia yg hilang pedoman akan melakukan apa sahaja untuk mencari duit dengan cara mudah. Dan salah satu caranya adalah dengan mencuri..
Teman serumah aku,
Faiz baru saja pakai kereta
Neo CPS.. belum sampai 2 minggu dah kena rembat keempat-empat tayar sport rim standard untuk Neo CPS.. sebelum nih di blok tempat kami meletak kenderaan belum pernah ada kes lagi kecurian sebegini..
Anggaran masa kecurian: Ahad 24 April 2011 antara jam 1230 pagi hingga -1100 pagi keesokan hari..Nero terbang dan selang beberapa hari kemudiaannya.. giliran
Meevo pula menjadi mangsa..
Meevo tempang aku mendapat khabar berita ini pada hari Khamis 28 April 2011 jam 7 malam daripada teman serumahku, Irwan. Mula-mula macam tak percaya sebab kami selalu berseloroh tentang kehilangan roda kereta masing-masing. Tak sangka kejadian ini menimpa Meevo pula. Untuk makluman pada minggu lepas aku ke tempat kerja dengan menaiki motosikal sahaja..
Aku terus pulang ke tempat parking kereta dan terbukti benar.. Saat pertama memandang Meevo, hati aku luluh..sedih dengan keadaan kereta aku yang tempang sebelah kanan..aku dah anggap Meevo seperti belaan aku yg bernyawa.. terus aku ambil tayar spare untuk dipasang dan bata yang digunakan untuk menahan kereta digantikan dengan 'car jack'.. Selepas itu terus membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara
police report kedua-dua roda di sebelah kanan hilang dicuri.. aku jangka pencuri tidak dapat mengambil roda sebelah kiri kerana kesuntukan ruang untuk mengeluarkan roda terbabit..
aku syak pencuri melakukan kegiatan ini pada waktu pejabat, kerana pada malam sebelum kejadian aku keluar menonton drama perlawanan
Real Madrid vs Barcelona dan pulang sekitar 5 pagi.. Kemudian jam 8 pagi pula Irwan beritahu kereta masih dalam keadaan baik sebelum die ke tempat kerja..
Pening juga kepala memikirkan siapa yang sudi meminjamkan tayar spare buat sementara waktu untuk membawa Meevo ke kedai tayar. Pada mulanya aku meminjam tayar spare Viva Elite milik kawan tempat kerja, Laurina.. apabila dicuba tidak muat pula. Nasib baik kawanku Aalia sudi meminjamkan tayar spare Myvi nya.. siap dipasang Meevo dibawa ke salah sebuah kedai tayar di Klang.. ke tempat yang sama Nero dibawa tempoh hari..
Alang-alang menukar tayar..biar puas hati.. Terdapat sangat banyak jenis-jenis sport rim di kedai tayar tersebut.. Bagiku ini juga merupakan peluang untuk aku menambah aksesori untuk Meevo biar nampak lg garang.. aku ada juga membuat rujukan dan bertanya kepada beberapa orang pakar sebelum memasang roda baru..
meevo setelah siap dipasang tayar spare Mula-mula sekali aku memilih untuk memasang rim 2nd hand sahaja untuk lebih jimat.. Malangnya tiada yang sesuai dengan jiwa Meevo. Dan..dengan pertolongan bapa Faiz sebagai jururunding dengan pemilik kedai tayar terbabit.. aku memilih untuk memasang sport rim yang agak berbeza daripada kebanyakan kereta.. size 16" dan tayar 45.. sila lihat gambar operasi Meevo dibawah..
antara koleksi rim yang ada sebelum operasi semasa operasi semasa operasi semasa operasi bye bye roda lama aku lebih suka design yang simple.. dengan tona warna yang lebih ideal dengan warna asal Meevo.. inilah hasilnya apabila terlalu banyak sangat menonton Deco Bersama Eric.. hehee.. suprise!!! lagi dua roda yang terselamat aku tolak dekat kedai tayar tersebut.. jadi plus minus duit yang dibelanja pada hari itu adalah... rahsia..
pandangan kanan pandangan kiri dan aku sangat-sangat bersyukur kerana belum sampai 2 hari aku dikhabarkan dengan berita kehilangan roda.. ade pula rezeki lain yang datang.. Alhamdulillah.. :D
3 bla bla bla:
May 2, 2011 at 9:31 PM
p1 racing! vroom2~!
May 3, 2011 at 12:13 AM
p1 wimax..
May 3, 2011 at 11:06 PM
p1 sampei
Post a Comment