kenapa cipp.. kau berucipp.. kenapa cipp.. cipp cipp cipp

.: alamak~!! camaro :.


Alamak!! Bumble Bee mendarat di KL




ohh.. die transform pulak daa..




kesimpulannya.. mana MIKAELA?? agak kecewa sebab Megan Fox tiada di sisi kereta Camaro kuning tuh.. =(

The Hero Who Become A Legend

2-3 hari lepas aku ternampak satu iklan animasi 3D SALADIN kat tv, filem animasi kedua selepas Upin & Ipin.. aku mmg da lama sangat tunggu filem SALADIN nih kuar kat pawagam.. sebab aku da tgk trailer filem nih 5 tahun yg lepas kt MDEC Cyberjaya (outing utk subjek Virtual Reality)..

5 taun lepas kitorg dipertontonkan dgn trailer2 animasi 3D Malaysia.. mulalah mata terpegun melihat kehebatan anak tempatan dalam industri perfileman 3D, yg masih baru di Malaysia.. masa tu org x kenal lagi sape Upin Ipin..

then mulalah tangan menggatal carik video/info pasal SALADIN, pastu jumpa trailer n series.. bile tgk trailer SALADIN kembali.. fuhh!!~ aku da tak fikir pasal kesan grafik ataupun teknik animasi yg digunakan dlm filem tuh.. tp yg aku fikir ialah Islam pernah memiliki empayar besar di bawah kekuasaan dan pengaruh SALADIN.. satu ketika dulu Islam juga dihormati~ tp sampai bila kita harus bermegah dengan sejarah??

bleh klik http://www.saladin.tv/






tak ada org nak buat game Saladin ke?? nice gak~ heh :D

Kucing Ajaib


balik rumah tadi aku terdengar kucing mengiau.. seram gak sebab jam dah lebih 2 pagi.. bila tgk dari jauh, nampak mcm anak rimau bintang.. tp aku agak ini kerja budak-budak nakal.. kesian kucing neh..


kesempatan cuti pergi showroom tgk inspira.. fuhh agak menawan model terbaru Proton nih.. berkenan juga rasa di hati.. hehe


sedikit info pasal inspira dari salesman
* interest 3.5%
* minimum gaji 2.5k per month
* minimum down payment 10%
* fully spec by mitsubishi

iPhone vs Android vs BlackBerry


kepada mereka yang berkira-kira dan memasang impian untuk memiliki iPhone, Android atau Blackberry.. ini ada beberapa tips sebelum korang membuat pilihan..


##
Selamat menduduki SPM!!! chaiyok2 :D

.: Korban :.

meevo @ dataran

oblong kat Shah Alam.. makan kat Dataran.. terbaek~!!

ps: tajuk blog tak ada kena-mengena

u da kene bang!

apa yg boleh dibuat dengan sekilo tepung dan 10 biji telur?? selain kek dan cekodok... juga boleh dibuat ini..


awak dah kene bang!!

Date: 19 October 2010
Time: 0045 am
Area: TTDI
Mastermind: Ajja
Pelakon 1: me
Pelakon 2: Redzuan Kahir

"kesian member tolong nk jumper kereta"

.: Proton Waja Lancer :.

Akhirnya brochure / flyers utk model Lancer keluaran Proton bocor jua.. Sekali imbas mmg xbyk beza dgn model Lancer sekarang.. Proton INSPIRA.. mungkin diambil sempena inspirasi dari model Waja sebelumnya.. Walaubagaimanapun syabas diucapkan kpd Proton krn berjaya membuat kelainan dalam pengenalan model terbaru ini..

sedikit gambar sebagai tatapan..








sumber: evo from arena kereta

Lori terbalik

last week aku balik KB, jumpa ngn mcm2 jenis kemalangan.. salah satunya..



lori balak terbalik.. amek masa juga nak alihkan batang-batang balak yg bertaburan di atas jalan raya tuh..

pesan aku berhati-hatilah ketika di jalan raya..

.: Food Hunt: Mimpi Muor :.

this time kita serang masakan asam pedas pulak.. aritu aku da try kedai nih, tp tak sempat nk update dlm blog.. dan kali ini aku sempat captured sedikit gambar utk tatapan semua.. kali ini kita ke restoran Mimpi Muor..

Mimpi Muor terletak di bangunan kedai berdekatan balai polis Mutiara Damansara.. traffic light depan The Curve betul2 korg terus jer.. sampai jumpa bulatan.. kt situ ada Balai Polis Mutiara Damansara.. masuk kiri korg pusing2 jer kat bangunan kedai situ.. Tuan punya kedai ni masih muda lagi.. belum masuk 30an tp da pandai niaga bukak bisnes.. asal dari Muar, Johor.. tukang masak pun anak-beranak diorg jer..


Pelbagai masakan asam pedas, ikan pari.. ikan jenahak.. ikan merah.. dan lain2 lagi.. lauk-pauk lain pun ada tersedia..


ni ikan pari.. my favourite asam pedas laa.. (RM4.50 per serve)


tempat makan yg bersih.. dgn kebanyakan furniture dan pinggan mangkuk dari IKEA



dalam kedai banyak digantung gambar2 menarik yg diambil sekitar Muar sbg perhiasan


ini dessert lepas makan, bubur kacang merah.. kebetulan time kitorg pergi makan tuan kedai blanje setiap pelanggan dgn semangkuk bubur kacang nih..

masakan asam pedas di sini memang sedap.. rancangan TV9 Nasi Lemak Kopi O pernah buat shooting pasal asam pedas kat sini.. memang cukup dgn kuahnya yg pekat.. dan pedassss.. aku pernah rasa masakan asam pedas di beberapa tempat.. dan setakat ini favourite asam pedas aku ialah kat sini dan kat medan makan UNITEN..

.: Food Hunt: Medan Selera Kelana Jaya :.


Semalam another food hunting.. kitorg mmg suka mencuba tempat2 makan yg baru.. asalnya nak pergi Murni SS2 tp entah kenapa semalam tutup, so Wenkt just pusing2 area situ.. lalu kitorg lepak kt Medan Selera Kelana Jaya nih..

Kawasan ni dekat belakang Giant Kelana Jaya.. sampai situ mmg kawasan style open, bgus utk lepaking bersama kawan2.. byk gerai2 makanan yg kecil2 di sekeliling.. ada western, claypot, nasi kerabu, sate, yong tau fu, seafood, dan lain2 lagi..

Aku tertarik kt kedai claypot, sbb ada sizzling.. for info aku mmg suka makanan yg berkuah/sup.. so aku order Sizzling Yee Mee Black Pepper..


Mula2 cam biasa kitorg order otak-otak dlu..smentara nk tggu makanan sampai.. (RM0.70 each)


Sizzling Yee Mee Black Pepper, setakat ini sizzling paling superb pernah aku rasa masih lg kat Food Court Ipoh Parade (RM6.80)


Nasi Goreng Tom Yam, ordered by Ayub.. not bad!~ (RM+-4)


Nasi Kerabu with Ayam Percik (RM+-7)..
rasa sebijik cam nasik kerabu (haha)..tp xleh lawan kt origin kelate lg laa



Sizzling Kuew Tiaw (RM6).. kuah mmg pekat.. tp rasa kurang.. huhu

utk mereka yg suka mencuba makanan baru, aku x suggest sgt la tempat nih.. tp tempat nih amat sesuai utk lepak2 sbb kawasan terbuka.. ada skrin besar lg..

on the way balik rmh sempat lg..


shoppin durian dlu.. kenduri durian plak malam tuh.. huhu~ so fullll~

.: Food Hunt: Medan Selera Uptown Damansara :.

another food place to try.. tempat nih sesuai utk lepak2 bersama teman-teman.. byk gak pilihan makanan dgn gerai-gerai kecil.. kawasan macam food court lah..

pilihan kali ini tetap western style..

Geng Food Hunt kali ini.. dari kiri Redhuan, Mud, Fikri dan Shah


Pintu utama ke medan selera Uptown



Menu pertama, beef steek.. yg ni aku order lps tgk org meja sblah makan (RM13)


tak silap aku yg ni namanya Chicken Chop Sizzling (RM8 kot)


ni plak Chicken Chop biasa (RM8)

bila aku merasa semua menu2 ini.. aku bleh bg komen yg menu nih xdelah sedap hingga korg dtg dr jauh semata2 nk merasa..its just fine..

.: Final @ Dataran :.

Demam World Cup da tamat.. Semalam cuba utk layan World Cup lain dari kebiasaan.. sebelum ini aku layan World Cup kat kedai mamak atau rumah shj selama hampir 1 bulan.. dan semalam disbbkn final punye pasal.. aku pergi ke Dataran Merdeka.. saja utk merasai kemeriahan final Netherland vs Spain..

Fuhh mmg penuh dgn warga kota.. tanpa segan silu teriak menyebut nama negara yg bertanding.. ada yg siap kibar bendera dgn kereta, sambil menjerit menyokong pasukan masing-masing.. lantak diorg lah.. nk tggu Malaysia masuk final World Cup lmbat lg kut~ hehe..

Suasana kat padang tak ubah macam dlm stadium, pelbagai program disediakan.. futsal.. tarian.. nyanyian.. cabutan bertuah.. dan budak yg hilang.. ehe..

kemeriahan di Dataran Merdeka dgn satu layar skrin yg superb

Perlawanan bagi aku biasa shj, mmg diakui Spain byk mmbuat serangan dan mengawal permainan.. tak kisah siapa menang janji perlawanan malam tadi dikawal oleh encik referee kegemaran, Howard Webb..

Keputusan atas kertas.. Netherlands 0 - 1 Spain .. dan Spain is the World Cup 2010 Winner!! betul ckp Paul si sotong.. tiada kepala dan dada terbabit dlm final utk tahun ini =P

.: Food Hunt: William's :.

Baru je balik dari makan kat Williams. Kalo korang dari LDP, masuk simpang Taman Megah.. kawasan dia kat sekitar tu jer..

Kat situ mmg banyak pilihan makanan terutama masakan western dan italian.. menu masakan nasi dan mi pun byk.. seafood pon ada.. satu hidangan bleh dikongsi bersama, nak habiskan satu mmg kembung perut lah.. lagi elok kalau order byk menu.. pastuh pakat rasa ramai2..


Sesiapa yg suka pasta boleh cuba ini.. Cabonara Pasta Arabiata (RM25)


Sesuai utk single server.. harga pun boleh tahan.. Mi Raja Ayam (RM10)


Yang ni paling mengancam.. dia punya keju boleh melekat kt baju.. sampai balik pon bleh hidu lg bau keju tuh.. Lasagna Meatball (RM20)


Campuran yoghurt buah, laici dan nata de coco.. boleh tahan sedap.. Blueberry Yoghurt (Small: RM4)

.: Apa kata Encik Paul? :.


Musim World Cup sekarang hangat diperkatakan tentang seekor sotong kurita yg mampu meneka pasukan mana yg akan menang setiap kali perlawanan.. Setakat ini sotong tersebut telah berjaya meneka perlawanan yg membabitkan pasukan Germany.. apakah mungkin hanya kebetulan sahaja??

Akhirnya.. sotong tersebut membuat tilikannya sekali lagi, sempena perlawanan Sabtu ini..


jgn maree.. :P

.: the finest place of all :.

kadang-kadang kita perlu bersendirian.. kadang-kadang kita perlu tempat yg terasing..

kadang-kadang kita perlu menyelami.. kadang-kadang kita perlu tenangkan fikiran..

dan kebanyakan orang suka tempat yg tidak asing lg bagi mereka..

tempat yg begitu rapat dlm jiwa mereka.. iaitu

bilik tidur..

dan inilah bilik tidur aku..


berita gembira hadir ketika sedang bersedih.. walaupun kehilangan kawan-kawan tersayang.. tribute to Redhvan, Sakhlah, Mudzaffar, Khairi, & Fadzli..

.: Kisah Katak :.

Namaku Froggy. Aku dilahirkan di zon bebas cukai Rantau Panjang. Disitulah tempat aku dibesarkan bersama rakan-rakan sebayaku yg lain. Setiap hari aku menemani ibu di gerai, juga bersama rakan-rakan lain. Kami asyik bermain saban hari.

Pada suatu hari, ada seorang pemuda telah jatuh hati kepadaku. Aku dgn rela mengikuti pemuda itu pulang ke rumahnya. Pemuda itu adalah keluarga angkat baru aku. Dia amat menjaga aku dengan begitu baik sekali. Aku selesa berada di sampingnya. Kemudian aku mengikutinya ke Kuala Lumpur. Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki besar aku di sini.

Di Kuala Lumpur, aku ditempatkan sementara di rumah pemuda itu. Di sini makanannya amat enak sekali tidak seperti di kampung halaman. Beraneka jenis nyamuk, lalat dan langau dapat diperolehi. Walaupun dikekang cuaca tidak menentu yg kadang-kadang membuatkan badanku terhidrat dan juga kesibukan hiruk pikuk kota, aku selesa. Walaupun sedikit kebosanan juga berada di rumah. Setiap hari hanya dihabiskan dengan menonton TV, makan dan tidur..





Dan kini, aku telah diberikan kepada keluarga angkat yg baru. Manis dan baik orangnya. Keluarga angkat yg baru ini amat menjagaku dengan begitu baik sekali. Aku amat bertuah kerana masih ada orang yg mengambil berat dan menyayangiku seperti ini. Rupa-rupanya keluarga angkat yg baru ini telah pernah aku temui di kampung halaman tidak lama dulu. Dia memang sudah berkenan sejak kali pertama memandangku. Aku berharap agar kebahagiaan ini akan berkekalan, dan aku juga akan menjaga keluarga baru ini dengan sebaiknya..