kenapa cipp.. kau berucipp.. kenapa cipp.. cipp cipp cipp

Raja Sehari

Tanggal 6 Mac 2009, Jumaat malam yg lepas, my beloved brother telah selamat diijab kabul dengan pilihan hatinya, Siti Zubaidah Binti Yahya. Pada hari tersebut aku terpaksa ambil cuti separuh hari kerana pada petangnya perlu bergegas ke Bentong, Pahang. Sampai di Bentong pun sudah jam 7 malam. Rombongan dari Kelantan pula tiba lebih awal iaitu kira2 jam 4 petang dan sebanyak 7 buah kenderaan semuanya. Kami menginap di Hotel Harmoni, sebanyak 9 buah bilik disewa..

Sebelah malamnya pula, ke rumah pengantin perempuan untuk makan malam terlebih dahulu sebelum upacara akad. Di rumah pengantin perempuan sudah ramai yg menanti. Amat meriah sekali termasuk sesi karaoke lagu2 60-an oleh veteran2.. Kemudian ke masjid yg berhampiran utk upacara akad. Aku pula hanya sekadar mengambil gambar dan video upacara akad itu. Ternyata perasaan gembira tidak dapat disembunyikan setelah abang aku selamat diijab kabulkan dengan hanya sekali lafaz. Alhamdulillah, akhirnya abg aku bergelar suami..

Keesokan pagi, aku turut sama hadir utk upacara berzanji dan marhaban di rumah pengantin perempuan. Selain itu adat memotong jambul turut berlangsung. Adat memotong jambul yg dimaksudkan ialah memotong cincin yg telah diikat dengan tali yg dipakaikan di atas kepala. Cincin2 tersebut harus dipotong kesemuanya.. Memang unik adat masyarakat Melayu di Bentong ini..

Sebelah tengah hari, aku bersiap-siap memachokan diri kerana aku akan menjadi pengapit pengantin lelaki. Segak berbaju Melayu krim, bersongkok dan bersampin dengan berkasut hitam. Ini merupakan pengalaman pertama aku. Memang sukar digambarkan perasaan aku ini. Seorang teman rapat aku pernah berkata, pengapit kepada pengantin akan cepat mendapat jodoh. Aku hanya tersenyum simpul..

Kompang dipalu, alunan suara bergema.. aku mulakan peranan aku, memayungi pengantin lelaki dan mngelap keringatnya.. Tugasku hanya untuk memastikan pengantin lelaki dalam keadaan selesa.. Sampai di depan rumah, pengantin perempuan muncul.. berjalan seiringan.. Pengantin di hiburkan dengan tarian piring oleh kanak-kanak kecil sebelum upacara makan beradat. Aku pun join skali makan beradat itu.. Hehe..

Selepas makan beradat, upacara bersanding.. Seorang demi seorang datang untuk merenjis kedua mempelai.. Tidak dinafikan pengapit pun turut terkena tempiasnya juga.. Baru aku faham maksud kata-kata teman rapat aku itu..

Selepas bersanding.. aku dan rombongan pengantin lelaki meminta diri untuk pulang.. Kerana perjalanan rombongan pulang yg jauh ke Kota Bharu dan aku pula pulang ke KL semula..

InsyaAllah pada 17 Mac nanti kenduri kahwin akan diadakan di kediaman pengantin lelaki yang juga rumah aku.. Semua dijemput hadir ke majlis itu nanti..

~ Gagah dan tampan ~

~ Pasangan Raja Sehari ~

Sekalung tahniah dan ucapan selamat pengantin baru diucapkan
kepada abang sulung tercinta, Muhammad Khairul Izwan Bin Mat Rahim dan isteri, Siti Zubaidah Binti Yahya. Semoga bahtera yg dibina mendapat rahmat Allah dan
kekal berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin.

5 bla bla bla:

  Faiz Rev

March 10, 2009 at 12:22 PM

abe mu kawen doh?

mu bile nok kawen deng?

  p0pc0rn

March 10, 2009 at 1:03 PM

ntoh..turn mu bilo lak deng?

aku nmpk yg baju putih tu g mnyerlah dlm gambo..

-yap-

  kHaiRuLdiN

March 10, 2009 at 2:26 PM

rev: insyaAllah kalo ade jodoh x kemana.. wahhahaa..

yap: yg baju putih tu mmg menyerlah pun.. sweeeet je die kan? hahaa..

  kay-N

March 10, 2009 at 3:58 PM

tahniah~
xsaba g kenduri ding lak~ =b

  kHaiRuLdiN

March 11, 2009 at 11:53 AM

yer la tuh.. :)