kenapa cipp.. kau berucipp.. kenapa cipp.. cipp cipp cipp

Betulkan tindakan itu?


Semalam ketika membelek akhbar aku dikejutkan dgn berita kematian seorang pemuda berusia 22 tahun yang mati ditembak polis. Kejadian yg berlaku di Arau, Perlis ini dipercayai disebabkan oleh mangsa, Mohamad Tawfiq Noorzan yg mengamuk kerana dianiayai kawan sendiri sehingga memaksa pihak polis melepaskan tembakan yg mengenai dada mangsa.

Mohamad Tawfiq Noorzan atau "Botak" dipercayai telah ditinggalkan oleh kawannya di Alor Setar pada tengah malam. Mangsa bertindak pulang ke rumah dgn jarak kira-kira 60km (dipercayai berjalan kaki) disebabkan pada waktu tersebut tiada pengangkutan awam. Sebaik tiba mangsa membelasah rakannya yg juga seorang kontraktor kira-kira jam 5.30 pagi. Mangsa turut menceritakan hal tersebut kepada ibu bapanya dan kemudian membuat laporan polis yang mangsa dianiayai rakan serta mahu membalas dendam termasuk membunuh.

Mangsa kemudian bertindak liar sambil menjerit-jerit, melompat dan mengancam keselamatan penduduk walaupun telah dipujuk lebih satu jam oleh polis. Kejadian amuk yg berlaku di Guar Sanji itu bertukar tragedi setelah mangsa mati terkena tembakan polis di dada selepas cuba menyerang polis bersenjatakan pisau pemotong daging/sayur. Anggota yang melepaskan tembakan itu berpangkat koperal dan seorang yang berpengalaman, manakala ketika kejadian Ketua Balai Polis Arau turut berada di situ. Sasaran tembakan di kaki pada mulanya terkena dada kerana keadaan mangsa yg bergerak

Menurut keluarga mangsa ketika menceritakan kejadian itu, katanya, selepas mendengar dua das tembakan berturut-turut pagi semalam, dia segera ke tempat kejadian dan mendapati anaknya tertiarap dengan kedua-dua tangannya bergari di belakang. Sebelum itu pihak polis telah datang ke rumah ibu bapa mangsa menyatakan tidak berani utk menahan Botak dan meminta ibu bapanya memujuk mangsa.

"Anggota polis yang melepaskan tembakan itu menyasarkan pada kaki suspek, namun keadaan suspek ketika itu yang tidak statik sebaliknya bergerak-gerak telah mengakibatkan tembakan terkena dada." Pemangku Ketua Polis Perlis, Datuk Jamshah Mustapa


Keluarga mangsa kemudian bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Kangar dan menyatakan niat utk mendakwaa pihak polis serta kerajaan Malaysia kerana cuai dalam menjalankan tugas sehingga mengakibatkan nyawa anak mereka melayang.

Berdasarkan kes ini, timbul beberapa kekeliruan..antaranya..

1) Jika mangsa terlebih dahulu menyatakan hasrat mahu membalas dendam/membunuh, kenapa tidak ditahan utk siasatan.
2) Kenyataan polis bahawa rakannya cedera parah dipukul Mohamad Tawfiq hingga terlantar di hospital tidak berasas.
3) Bagaimana seorang polis yg berpengalaman boleh tersasar, sasaran pada kaki sebaliknya mengenai dada.. agak jauh tersasar disitu.
4) Jika benar tersasar kerana ketika itu Botak mahu menyerang polis, kekeliruan masih timbul kerana Botak yg makin hampir membolehkan sasaran pada kaki makin mudah.
5) Polis boleh bertindak mengawal keadaan kerana mengetahui keluarga mangsa dalam perjalanan ke tempat kejadian utk memujuk mangsa.
6) Keadaan mayat mangsa yg bergari.

Untuk maklumat lanjut sila klik Berita Harian, Harian Metro, Kosmo, Utusan1 dan Utusan2.

ps: Ini adalah pendapat penulis berhubung isu yg tidak boleh dipandang remeh kerana melibatkan nyawa manusia. Tidak berpihak kpd mana-mana pihak sebaliknya pendapat kamu semua amat dialukan..

0 bla bla bla: