kenapa cipp.. kau berucipp.. kenapa cipp.. cipp cipp cipp

.: My Cousin's Wedding :.

24 Dec 2009 (Khamis)
Bertolak ke ipoh.. tugasku sbg driver membawa makcik2 aku yg akan menjadi chef nanti.. tiba di ipoh, sanak-saudara berkumpul mesra..

25 Dec 2009 (Jumaat)
Majlis akad nikah jam 10 pagi, diadakan di Sg. Siput.. perjalanan agak jauh dari ipoh.. sehingga ada antara kami yg sesat.. selamat diijab kabul dgn sekali lafaz shj..


26 Dec 2009 (Sabtu)
Rombongan pengantin lelaki..
segak berpakaian raja sehari..
diarak ketika matahari meninggi..
tepat jam 12 tgh hari..



27 Dec 2009 (Ahad)
Raja sehari bertandang kembali..
Menantu disambut meriah sekali..
Kek dipotong menambah seri..
Semoga berbahagia Wawa & Amy..



.: Tragedi KB Mall :.

Hari ini aku ditugaskan utk menjemput kakak ipar aku pulang dari tempat kerja kerana abang aku ke KL atas urusan penting. Petang td dlm pukul 5 lebih aku turun dari rumah. Keadaan jalan raya petang td agak sesak dikawal oleh polis trafik di beberapa persimpangan lampu isyarat..mengambil masa yg agak lama padahal tempat kerjanya tidaklah jauh.. Sampai di rumah aku dikejutkan dgn berita tragedi KB Mall oleh jiranku..

Berikut adalah beberapa gambar yg berjaya diperoleh..











aku tak tahu cerita sebenar..dah ter'miss' berita yg keluar kat tv td.. tp diharapkan agar gambar-gambar di atas dapat menceritakan keadaan sebenarnya..

===============================================================

Dipetik dari KOSMO!

KOTA BHARU - Suasana di pusat beli-belah KB Mall di sini petang semalam tiba-tiba gempar dan kelam-kabut. Ekoran dentuman yang sangat kuat, mereka menyangkakan berlaku gempa bumi di pusat beli-belah itu atau satu adegan stunt untuk penggambaran filem sedang berlaku.

Bagaimanapun, punca cemas itu terjawab apabila mereka mendapati sebuah kereta tiba-tiba bagaikan 'terjunam dari langit' terus merempuh bumbung KB Mall menyebabkan dua maut manakala dua yang lain cedera parah.

Dalam kejadian yang menyebabkan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri itu, belum sempat membeli barang keperluan, dua sahabat menemui ajal di dalam kompleks di Jalan Sultan Ibrahim di sini itu apabila sebuah kereta tiba-tiba terjunam dari tingkat tiga kompleks tersebut semalam.

Seorang lagi sahabat mereka, Rashidah Ahmad Latfi, 18, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Mereka bertiga merupakan pelajar sebuah kolej kejururawatan swasta di sini.

Mangsa, Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, dari Felda Chiku, Gua Musang maut ketika berada di tingkat dua bersama Rashidah manakala Siti Nor Diana Azman, 18, Kampung Menjual, Chabang Empat, Tumpat berada di tingkat bawah sedang menuju ke atas dipercayai maut terkena serpihan runtuhan bangunan.

Dalam kejadian pada pukul 4.45 petang itu, sebuah kereta jenis Ford Laser yang berada di tempat letak kereta tidak berbumbung di tingkat tiga (atas sekali) bangunan itu dikatakan telah merempuh dinding lalu terjunam ke tingkat dua yang dipenuhi pengunjung.

Kereta tersebut menggelongsor laju di antara dua tangga bergerak di tempat kejadian.

Kejadian yang menggemparkan itu telah menyebabkan beratus-ratus pengunjung termasuk di tingkat lain lintang-pukang keluar bangunan apabila terdengar bunyi dentuman kuat seperti letupan bom.

Ngantuk.. sejuk.. dingin..

Semalam aku baru pulang dari Kuantan.. aku dan keluarga ke Kuantan atas urusan utk membereskan hal adikku yg pernah menuntut di UMP.. segala persiapan dilakukan kerana adik aku menarik diri dari pengajian setelah mendapat offer yg lebih baik..

Persiapan ke Kuantan yg agak kelam-kabut kerana tiada perancangan yg dibuat.. ayah membuat keputusan Isnin lepas dan kami bertolak Selasa pagi seawal jam 5 a.m.. Elite baru dirasmikan utk perjalanan jauh buat pertama kali.. singgah solat Subuh di Besut sebelum meneruskan perjalanan ditemani hujan yg kadangkala lebat.. harapan kami agar perjalanan lancar.. maklumlah cuaca buruk sepanjang perjalanan..

Di Sg. Tong.. penumpang masing² lena.. jam menunjukkan pukul 8 a.m. Keadaan diluar masih lagi gelap dilitupi awan hujan yg mencurah.. sejuk dan mengasyikkan.. satu pemanduan yg agak mencabar.. namun sedang asyik memandu.. tiba-tiba.. dukkKK dukkKkk!!

Kereta terlanggar lubang yg agak dalam di tengah² jalan raya.. penumpang terbangun dari tdur, bukan satu je lubang tetapi 2 yg setiap satu sebesar sinki di dapur.. tidak perasan kerana kedudukannya di jalan berbukit.. jika kedua2 lubang di cantumkan boleh jadi sebesar separuh jalan juga.. tu pun nasib baik dpt elak jika tidak mungkin kedua-dua tayar hadapan dah terjun lubang tu.. nanti jadi aksi stunt plak~

Kereta berhenti di bahu jalan.. keluar check rupenye2 bukan satu je tapi dua tayar pancit, sebelah kiri, depan dan belakang.. rim pula bengkok. Mau tak mau terpaksa minta bantuan penduduk di situ.. Seorang penduduk yg baik hati membantu kami.. terpaksa mencari tayar dan rim ganti kerana kedua2 rim tersebut dah rosak teruk.. Ketika menunggu siap dibaiki.. datang sebuah Gen2 pula menjadi mangsa.. berhenti betul2 di belakang kereta kami.. rasanya dlm 8-9 buah kereta yg pancit menjadi mangsa sementara kereta kami siap dibaiki.. Unser..Wira..Kelisa.. Mercedes pun ada..

Tiba di Kuantan terus menuju ke rumah saudara di Pekan utk bermalam.. keesokan harinya sebelum ke UMP, singgah dahulu di kedai tayar.. rim & tayar yg ditukar di Sg Tong semalam tidak begitu elok.. tukar pula ke rim baru.. nanti aku update gambar later ok!

Selesai shj hal di Gambang.. terus bertolak pulang.. masuk je Terengganu hujan turun.. lebat pula.. kali ini kereta dipandu dgn berhati2 kerana tidak mahu kejadian semalam berulang.. jalan memang byk rosak, lubang sana sini.. ada juga jalan yg dinaiki air sekitar Kuala Berang.. nasib baik boleh masih boleh dilalui dan tidak terkandas kerana banjir..