kenapa cipp.. kau berucipp.. kenapa cipp.. cipp cipp cipp

.: Tragedi KB Mall :.

Hari ini aku ditugaskan utk menjemput kakak ipar aku pulang dari tempat kerja kerana abang aku ke KL atas urusan penting. Petang td dlm pukul 5 lebih aku turun dari rumah. Keadaan jalan raya petang td agak sesak dikawal oleh polis trafik di beberapa persimpangan lampu isyarat..mengambil masa yg agak lama padahal tempat kerjanya tidaklah jauh.. Sampai di rumah aku dikejutkan dgn berita tragedi KB Mall oleh jiranku..

Berikut adalah beberapa gambar yg berjaya diperoleh..











aku tak tahu cerita sebenar..dah ter'miss' berita yg keluar kat tv td.. tp diharapkan agar gambar-gambar di atas dapat menceritakan keadaan sebenarnya..

===============================================================

Dipetik dari KOSMO!

KOTA BHARU - Suasana di pusat beli-belah KB Mall di sini petang semalam tiba-tiba gempar dan kelam-kabut. Ekoran dentuman yang sangat kuat, mereka menyangkakan berlaku gempa bumi di pusat beli-belah itu atau satu adegan stunt untuk penggambaran filem sedang berlaku.

Bagaimanapun, punca cemas itu terjawab apabila mereka mendapati sebuah kereta tiba-tiba bagaikan 'terjunam dari langit' terus merempuh bumbung KB Mall menyebabkan dua maut manakala dua yang lain cedera parah.

Dalam kejadian yang menyebabkan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri itu, belum sempat membeli barang keperluan, dua sahabat menemui ajal di dalam kompleks di Jalan Sultan Ibrahim di sini itu apabila sebuah kereta tiba-tiba terjunam dari tingkat tiga kompleks tersebut semalam.

Seorang lagi sahabat mereka, Rashidah Ahmad Latfi, 18, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Mereka bertiga merupakan pelajar sebuah kolej kejururawatan swasta di sini.

Mangsa, Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, dari Felda Chiku, Gua Musang maut ketika berada di tingkat dua bersama Rashidah manakala Siti Nor Diana Azman, 18, Kampung Menjual, Chabang Empat, Tumpat berada di tingkat bawah sedang menuju ke atas dipercayai maut terkena serpihan runtuhan bangunan.

Dalam kejadian pada pukul 4.45 petang itu, sebuah kereta jenis Ford Laser yang berada di tempat letak kereta tidak berbumbung di tingkat tiga (atas sekali) bangunan itu dikatakan telah merempuh dinding lalu terjunam ke tingkat dua yang dipenuhi pengunjung.

Kereta tersebut menggelongsor laju di antara dua tangga bergerak di tempat kejadian.

Kejadian yang menggemparkan itu telah menyebabkan beratus-ratus pengunjung termasuk di tingkat lain lintang-pukang keluar bangunan apabila terdengar bunyi dentuman kuat seperti letupan bom.

1 bla bla bla:

  ira matra

December 7, 2009 at 4:44 PM

thanks din for d info..