kenapa cipp.. kau berucipp.. kenapa cipp.. cipp cipp cipp

Anakanda Rayyan


Jumaat yang lepas telah diadakan majlis cukur rambut sempena genapnya usia 7 hari Anakanda Rayyan.. Alhamdulillah Anakanda Rayyan akhirnya dilahirkan di dunia ini pada 1 Jan lepas. Maka secara tidak langsung bermulalah tanggungjawabnya sbg khalifah Allah di muka bumi ini.. satu tanggungjawab yg mungkin kita semua sudah mulai lupa.. Anakanda Rayyan seorang yg baik.. jarang sekali menangis kecuali ketika lapar atau buang air besar..

Awal Subuh lg Anakanda Rayyan sudah disiapkan utk dibawa ke Pulau Melaka, harapan agar dapat dicukur sendiri oleh Tok Guru.. tibanya disana harapan kami tidak kesampaian kerana keadaan kesihatan Tok Guru, hanya lebih kurang 10 bayi shj yg sempat dijamah kepalanya oleh Tok Guru. Bukannya apa, sekadar utk mengambil berkat dari pemimpin yg disegani. Tugas tersebut akhirnya telah diambil alih oleh adik Tok Guru..

Selepas Solat Jumaat, salam dan selawat diadakan di kediaman.. Anakanda Rayyan disambut dan dialu-alukan ke dlm keluarga dgn begitu meriah..

Semoga Anakanda Rayyan bisa menempuhi hidup yg mencabar, dipelihara dari segala anasir-anasir jahat dan dpt menggalas tanggungjawab dgn baik kelak.. amin..


di depan masjid


adat bercukur


selawat ke atas nabi


mengaminkan doa


nama penuh anakanda rayyan

3 bla bla bla:

  ~rukia_kuchiki

January 13, 2010 at 12:33 AM

congrats..!! bertambah meriah la famili pasni ^^

apa maksud rayyan anaqi tu?

  aQlili raHim

January 13, 2010 at 4:13 PM

comel sungguh cupcakes itu..berbakat sungguh adikmu ini. haha!

  kHaiRuLdiN

January 16, 2010 at 12:04 AM

rukia: rayyan/raiyan = pintu syurga, anaqi = keindahanku yg menawan..

aqlili: cupcake wt perhiasan jah