kenapa cipp.. kau berucipp.. kenapa cipp.. cipp cipp cipp

Burger Bob

Best burger in town is coming~ :D

Tgh usha2 facebook ternampak ada orang update pasal one of the most delicious burger in KL Town, Burger Bob (Bobby).. secara tak langsung tangan dengan lajunya terus menaip mencari kata kunci "Burger Bob".. berjela-jela result keluar..

tak cukup.. bukak youtube terus search lagi.. akhirnya terjumpa satu video ini.

"tak boleh jadi nih", sambil mata melihat jam di dinding. kul 1230 pagi.. perut pulak terus berdondang sayang.. apa lagi Housemate Food Huntin lah jawabnya..

Terletak di Taman Lembah Keramat, senang sahaja jika melalui MRR2 keluar simpang Taman Permata. Rupanya Bob Burger meniaga di depan rumahnya sahaja. Ada juga beberapa meja dan kerusi yang disediakan khas untuk mereka yang mahu menjamu di situ..

the price list

Burger Bob memang sedap.. dibuka setiap hari kecuali jika ada perlawanan yang melibatkan Team Malaysia atau Kelantan di stadium berdekatan, kerana Bob adalah peminat bola fanatik..

Chicken Double Cheese Special


Lamb Tiesto


Lambo Tiesto Double Special Cheese
(kambing)

Taste: 8.5/10
Price: 8/10
Service: 9/10
Overall: 8.5/10

sazzy oh sazzy

meevo sudah.. nero sudah.. and this time its sazzy turn..

Suatu pagi di hujung minggu,

krohhhhHh... krohhHh.. zzZZzz... krinngggggggggggggg..

aku terima panggilan seawal jam 830 pagi.. masih lagi dlm keadaan mamai tetapi tetap juga jawab panggilan tuh.. yeahh its Saturday morning larhh

"Yer? Kat mana? Oke bagi aku landmark... jap search map jap.. ukeyh ada.. nanti aku datang.."

huarhhHhh.. bangun mandi lurh.. hurmm pagi2 lagi da kene senaman.. haha

Kawan aku yang tinggal kat Rawang minta tolong sebab tayar dia pancit.. Haaa?? mestilah pompuan takkan lelaki kot.. kalau lelaki aku sambung tidur balik lah jawabnya.. kihx3~

Location dlm 15KM dari rumah aku.. sebelum bertolak aku pastikan kelengkapan semua lengkap siap..


smpai situ dalam 30 minit kemudian.. itu baru smpai kt landmark jer.. then amik masa jugak nk pergi kat tempat kete die tersadai tuh.. dah laa tempat yg aku x pernah smpai lagi.. kawasan kampung plak tuh..

dah smpai.. aku tengok.. fuhhh fuuuu fuuuuuu

tayar yg dah jeng

abes barai tayar depan sebelah kanan..aduii rosak kene ganti tayar baru jawabnya.. aku tnya dia tak rasa ke kereta pancit masa bawak?

"memang ada rasa bergegar.. tp ingatkan takde apa-apa.. lagipun biasanya pagi2 enjin sejuk kan.. masa bawak tuh takde pulak orang yg lalu lalang tengok.. kalau pancit mesti orang tengok pelik kan??" kata saksi

haa? ouh tangan owner die la tuu

berpeluh jugaklah nak cabut tayar kereta turh.. tp kalau dah pro sekejap je kan?? wahaha..

letak tayar yang da rosak tuh dlm kereta.. kitorang tinggalkan sazzy kt tepi jalan sekejap untuk cari mana2 kedai tayar yang da bukak.. masa tuh da pukul 930 pagi.. nasib baik ade jumpa kedai yg da buka..

pekerja tuh geleng2 kepala tengok tayar.. lame jugak pekerja tu amek masa nak tanggalkan tayar dari rim.. aku plak senyum sorang2.. nasib baik rim tak rosak.. jadi tukar beli tayar 2nd hand jerk.. tmbah balancing then siap.. 0uh.. RM85 jugak arhh melayang terbang~

ktang... ktang..

pas siap semua.. g bekfes jap.. tengok jam da pukul 11 lebih.. alang2 terus pergi open house kawan aku kt Kota Damansara.. lepak rumah die dekat 3 jam baru balik.. smpai rumah smbung td0 smula.. haha


kepada pemilik sazzy yang baca blog nih.. nak sangat minta tulis cerita pasal sazzy kan?? akhirnya.. :D

Hilang Lagi

raya sudah lepas.. pose enam pon baru je tamat semalam.. so hari ini hari raya yeay!!! :D

0keh guys.. masih kamoo igt kah yg aku pernah cerita kes pasal meevo dan nero?? korang semua boleh flash back balik memori dekat sini

0keh.. dan kes itu berlaku pula kepada salah seorang rakan sekerja aku.. a girl which also use the same vehicle as nero.. a NEO CPS Solid White.. her name is Akma..

I woke up in the morning last Thursday, and as usual I open up my MUKABUKU.. look for the update and status from my frens.. and Akma status took my personally attention..



Aku tersangat-sangat-sangat tak sangka this case will happen to her.. tak expect langsung derrr.. sebab aku pernah nasihat dekat Akma utk lock rim lepas apa yang terjadi kat meevo.. then I called her.. she said she was waiting for her uncle from Putrajaya.. aku yang kebetulan memang OFF DAY kerja hari tu terus ke rumah AKMA dekat TTDI..


this was what I saw..


dekat lagi...



kesiann.. pencurik sial tuh rembat dua tayar sebelah belakang.. dah la rembat tayar tak reti wat kerja pulak tuh.. at least letak la kete tu elok2 nih letak batu bawah disk brake jer..


tunggu jap.. her uncle arrived.. panggil Pak Lang jer.. dengan ilmu, kepakaran dan yang paling penting, pengalaman aku.. kami menguruskan Worst Case Scenario itu..

tayar spare ada satu jer.. camne?? Pak Lang tanya ada sape2 pakai Persona or Waja?? Osmet Akma memang ada yg pakai Persona tapi kerja.. aku teringat kawan kitorang yg juga pakai Persona dan tinggal dekat TTDI juga.. luckily she was also on leave that day, trus pinjam tayar spare die jerk..

da siap pasang.. Pak Lang nak tukar rim kat Kedai Papan Jalan Kapar, Klang.. aku drive Neo tuh slow2 sementara Pak Lang follow dari belakang..

nyuutt... nyuutt... nyuuutt...

dah sampat Kedai Papan, hari itu tak ramai seperti hari minggu.. bosan nak baca?? Okeyh just tengok je these pictures oke??


patah satu.. tak reti buat kerja punya pencurik


mane satu haa??


minat putih rupanya


siap dgn tayar Continental


jadi besi buruk sudah



allignment tayar dulu


sudah siap!!


da siap tu bayar lah


btw.. ayah Akma yang mintak tolong Pak Lang nih uruskan kereta Akma.. dan juga dah masukkan cash deposit kt Pak Lang nih.. lepas siap pasang rim Pak Lang cakap ade lagi budget nih.. ape lagi aku recommend minta buat plate no baru utk kereta Akma nih.. baru lah NEO CPS kan??

after one whole tiring day.. puas hati tengok hasilnya

really tired on that day, dah la tengah puasa hari ke-4 time tu.. lepas semua sudah siap.. Pak Lang pon dah balik.. aku teman Akma untuk buat polis repot kat Balai Polis TTDI..


ps: ouh yeah!! yesterday (17 Sept) was my birthday.. thank you for all the pray and wishes ya :D

you may pee here




sekali tengok cantiknya akuarium ikan ni..



tapi bila datang dekat...





memang syok buang air kat sini.. haha

South Seafood


Last week one of my best buddy kat tempat kerja, L belanja berbuka puasa. Sebenarnya kitorang semua sekali 3 orang memang akan belanja makan ikut turn masing-masing.. kebetulan turn dia jatuh dalam bulan puasa, so belanja buka puasa lah jawabnya.. walaupun sebenarnya L ialah penganut Kristian tp sebab nak belanja dia pun puasa juga hari tu (puasa x makan jer) lol :D

Mula-mula kitorang tak kisah sebab orang nak belanja buka puasa kan? terima jer lah.. then L and her partner bawak kitorang ke satu tempat makan seafood yang super amazing!!~

Semua sekali 4 orang yg terlibat, L and her partner, E and me.. antara ramai2 cuma partner L jer yg pernah makan kat situ, yang lain-lain memang tak pernah jejak kaki pun.. and this is the place..

South Seafood

South Seafood Subang Jaya, berdekatan dengan airport SkyPark Subang.. kalau dari Subang Jaya ikut Jalan Lapangan Terbang Subang terus jer.. selepas airport ambil jalan kiri.. nanti akan jumpa di tepi jalan sebelah kanan..

and the menu..


kerapu 3 rasa


udang lipan masak kicap kowt


sotong celup tepung


tom yam campur (wajib ada)


ayam lemon


sayur mesti ada

and the winner of that night goes to

ketam masak kamilang or kailang (lupa daa)

kesimpulannya, tempat seafood tu merupakan tempat makan mewah.. tp partner L ade backup dia so takpelah.. lagipun diorang nak belanja kan?? overall tentang masakan memang super sedap.. dan surrounding juga best amat..

antara landskap yang ada

business hour

thanks L for the treat :D...


more pictures













syok




sangat syok apabila layan movie dekat panggung yg tadak orang.. macam panggung itu kita punya.. lol

Kereta Paling Kuat



Aku ada satu teka teki.. antara banyak-banyak kereta, kereta apa paling kuat?

kereta kebal? salah... kereta perisai?? salah..

dan jawapannya adalah...




tadaa.. ehehe..

Iftar Ramadan


Selamat berpuasa diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat yang menjalani ibadah ini. Alhamdulillah dipertemukan lagi kita dengan bulan yang penuh barakah, Ramadan Al Mubarak.

Tiba je bulan puasa, mesti teringat juadah berbuka. Juadah yang tak pernah kita jumpa pada hari kebiasaan akan banyak muncul pada bulan puasa ini. Dan sebab inilah bulan Ramadan juga adalah bulan rezeki kepada umat-Nya..

Minggu lepas aku berbuka puasa (iftar) buffet bersama-sama kawan sekerja di Bora Asmara. Terletak di Sungai Penchala, berhampiran Taman Tun Dr Ismail dan Bandar Utama. Harganya?? seorang dalam RM49.50 termasuk caj dan servis. Di Sg Penchala ada Bora Asmara manakala di Ampang ada Bora Ombak..

pintu masuk Bora Asmara

Apa yang menarik tentang Bora Asmara ini ialah kawasannya. Restoran ini boleh dikatakan terletak di kawasan kampung yang agak tenang. Panorama dan pemandangan dalam restoran ini juga indah, tenang dan cantik, amat sesuai kalau nak lepak atau keluar berdating.. juga ada percussion yang bersedia menghiburkan anda dari meja ke meja.. hee :D

percussion yang 'ohsem'

Keseluruhannya untuk makanan aku beri rating 4/5. Satu yang tak best tentang makanannya ialah pada hari itu tiada menu western.. aku memang teringin nak makan western buffet sebenarnya.. dan makanan yang paling best ialah kambing bakar.. Kambing bakarnya memang sedap dan juicy, disertakan sos lada hitam dan sos pudina.. fuhh antara yang terbaik pernah aku santap..

favourite kamben bakar sebelum diserang


boleh juga lepak di wakaf yg disediakan

panorama lebih cantik apabila waktu malam