Scene 1
Time: 730 am
Place: Bilik Dolah
Pada suatu pagi, Dolah dikejutkan dengan panggilan telefon dari ibunya. Untuk pengetahuan semua, ibu dan bapa Dolah bakal berangkat untuk menunaikan Haji pada tahun ini. Ibu Dolah memberitahu jadual keberangkatan dipercepatkan dari 15 November kepada 31 Oktober. Ibunya bertanya bolehkah Dolah pulang pada tarikh itu. Dolah sedar bahawa dia masih punya kelas pada 31 Okt itu. Hari itu merupakan hari terakhir kelas diadakan.
Dolah menyelak jadual.. Oh, Dolah masih punya peluang untuk pulang ke kampung iaitu ketika cuti Deepavali. Dijangkakan cuti itu selama 3 hari (25-27 Oct) iaitu pada hari minggu ini. Dolah harus cepat bertindak...tetapi Dolah dalam dilema. Kerana dia sedar selepas cuti Deepavali, dia punya kesuntukan masa untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan. Hendak dibawa tugasan-tugasan itu ke kampung, kampungnya tiada kemudahan yang mencukupi. Lagi pula Dolah cuma ada PC dan bukannya laptop MAC yang boleh dibawa ke sana ke mari. Minggu selepas cuti Deepavali ialah minggu terakhir kuliah sebelum Study Week.
Berbalik kepada hari keberangkatan ke Mekah. Dijangkakan berlepas dari airport di KL pada pagi hari Jumaat 31 Okt 08. Dolah masih punya sesi lab pada hari itu (mungkin juga tiada kerana minggu terakhir kuliah). Salah satu sesi lab itu pula akan diadakan sesi presentation. Sebenarnya untuk presentation itu cuma diadakan demo sistem yang sudah di develop oleh Dolah. Mungkin jua 2 group member yang lain boleh handle.. Dolah bermonolog sendirian sambil makan maruku.
Sekarang Dolah dalam dilema. Apa perlu Dolah pulang menjelang Deepavali ini? Atau Dolah hanya perlu ke KL untuk sama-sama hadir di airport ketika keberangkatan? atau pun Dolah perlu melakukan kedua-duanya sekali? Dolah Dalam Dilema... Sebarang komen, cadangan atau penyelesaian kepada masalah amat diperlukan.. TQ.
(Nama watak adalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan Dolah yang lain)
Tarikh tutup penyertaan: Weekend sebelum Deepavali
Tertakluk kepada terma dan syarat.
Anda mau lebih mengenali Dolah?
Klik disini atau sini. Sini pon boleh gak..
Pengaruh Pendidikan Orang Tua Terhadap Anak
3 months ago