Aku mula menceburi bidang Rubik ini sejak Februari 2008 dimana aku tertarik melihat kecekapan saudara Hanaffi Salleh menyelesaikannya. Setelah itu baru aku sedar bahawa terdapat ramai lagi yang berbakat dalam Rubik ini. Antaranya Adam, Rumi, Yob, Akay, Caah dll. Aku berjaya mempelajari kaedah penyelesaian 3x3 dalam masa 3 hari dibawah tunjuk ajar Hanaffi. Kemudian aku pergi lebih jauh lagi dengan mempelajari 2x2, 4x4 dan 5x5. Tetapi aku hanya pakar dalam menyelesaikan 2x2 dan 3x3 sahaja. Catatan peribadi aku adalah 2 minit 05 saat. Aku juga mempunyai beberapa orang pelajar yang menuntut daripada aku. Terdiri daripada teman, keluarga dan juga komiti DAC sendiri.
Sesi menyelesaikan Rubik sehingga menjadi betul-betul kucar-kacir
Sesi PnP (Pengajaran & Pembelajaran)
Sesi PnP (Pengajaran & Pembelajaran)
Gambar-gambar di atas diambil ketika Pesta Konvofair pada Ogos lalu. Rupanya terdapat ramai yang berminat untuk mencuba dan mempelajari teknik-teknik penyelesaian Rubik. Sebenarnya tidak susah untuk menyelesaikannya, asal punya kesabaran dan latihan. Sekiranya anda berminat untuk mempelajari Rubik dan mempunyai sebarang pertanyaan, sila kemukakan pertanyaan anda di kaunter pertanyaan yang terdekat. Siapa tahu anda mungkin mereka yang bertuah selepas ini? Renung-renungkan dan selamat beramal!~
6 bla bla bla:
October 16, 2008 at 7:37 AM
nice post r denggg..
aku mengharapkan syncmaster, tapi dapat rubik.. x per la.. :D
October 16, 2008 at 10:19 AM
saudara aalim, kita hanya merancang Tuhan yg menentukan. Akan ku cuba capai impianmu itu..
October 16, 2008 at 7:29 PM
gue pn nk blaja jgk!
ari tu xsmpat blaja sumo..
mugo tok guru balik ngaji etek..
haha..:D
October 16, 2008 at 7:49 PM
nk blaja jugakkk~
xabes lg menuntut ngn rumint
October 16, 2008 at 7:49 PM
typooo~
*rumi
October 28, 2008 at 5:28 PM
nk blaja maen rubik etek..huhu..
Post a Comment