Alhamdulillah, bertemu kembali kita dengan izin dari-Nya. Kali ini aku nak berkongsi pengalaman ketika menjayakan hari keluarga aku pada minggu lepas.
Hari Keluarga Embong
Tarikh: 6-7 Jun 2009
Tempat: Sri Melawi Chalet, Bachok, Kelantan
Okeh.. ini adalah kali pertama Hari Keluarga Embong diadakan secara besar-besaran, disertai oleh lebih kurang 150 ahli keluarga. Sebenarnya sudah 4 tahun acara ini tidak diadakan oleh sebab-sebab tertentu.. Siapa Embong?? Embong adalah moyang aku iaitu ibu kepada nenek sebelah ibu aku.. got it??
.: Bendera rasmi Keluarga Cik Yam :.
Sabtu 6 Jun, petangnya kami bertolak utk berkumpul di Sri Melawi Chalet, rupanya sudah ramai yg tiba di sana. Petang itu selepas pendaftaran keluarga masing2..adalah acara bebas. Ramai yg mengambil peluang bermandi-manda dan ada juga yg bermain volleyball pantai..
. : Sesi Pendaftaran :.
.: Pemandangan pantai :.
Malamnya selepas sembahyang jemaah dan tahlil, adalah acara makan dan pertandingan karaoke. Makanan yg disediakan seperti ayam goreng kepsi, sate, jagung bakar, sosej dll. Sambil makan-makan semua dihiburkan oleh peserta pertandingan karaoke. Pertandingan karaoke kali ini di bahagi kepada 3 kategori iaitu solo, kanak-kanak, dan duet.. Memang meriah sekali malam itu dengan tepukan gemuruh dari penonton.. Suara tidak penting tetapi gaya persembahan dan penampilan yg menjadi ukuran.. Selesai shj karaoke semua kembali ke chalet masing2.. ade juga yg berjalan-jalan di pesisiran pantai di bawah bulan purnama..
.: Kuliah Maghrib dan Tahlil :.
.: Karaoke Duet :.
Keesokannya dimulai dengan poco-poco.. walaupun ramai yg masih baru dgn poco-poco ini tetapi semuanya berjalan dengan lancar.. selepas bersarapan sukaneka hari keluarga di adakan.. banyak acara yg dipertandingan sesuai utk semua golongan usia.. setiap org berpeluang utk menyertainya tak kira tua atau muda.. Acara-acara yg dipertandingkan adalah seperti Rebut Harta Manis, Cari Ibu, Lontar Bom Air, Golf Pantai, Boling Pantai, Kupas Buah, Rabun Ke?, Zombi Melawi, Cari Gula-Gula Dalam Tepung dan macam-macam lagi..
.: Poco - Poco :.
.: Cari Gula-Gula Dalam Tepung :.
.: Lontar Bom Air :.
.: Where's my mum?? :.
.: Zombi Melawi :.
.: Golf Pantai :.
.: Rebut Harta Manis :.
Acara kemuncak ialah acara tarik tali.. Memang meriah sekali, peserta dibahagikan mengikut keluarga masing-masing.. keluarga aku terpaksa berpuas hati sekadar meraih tempat ke-2.. Dan acara terakhir sekali ialah acara penyampaian hadiah untuk semua pemenang..
.: Tarik..tarik.. :.
.: Sesi Penyampaian Hadiah :.
Walaupun kepenatan kerana terlalu banyak acara dalam masa yg singkat, masing2 enjoy dan have fun.. Ada usul yg mencadangkan untuk mengadakan hari keluarga ini selama 3 hari 2 malam pada tahun hadapan..
.: Mereka yg terlibat menjayakan Hari Keluarga Embong 2009.. Tahniah!! :.