kenapa cipp.. kau berucipp.. kenapa cipp.. cipp cipp cipp

.: Kisah Katak :.

Namaku Froggy. Aku dilahirkan di zon bebas cukai Rantau Panjang. Disitulah tempat aku dibesarkan bersama rakan-rakan sebayaku yg lain. Setiap hari aku menemani ibu di gerai, juga bersama rakan-rakan lain. Kami asyik bermain saban hari.

Pada suatu hari, ada seorang pemuda telah jatuh hati kepadaku. Aku dgn rela mengikuti pemuda itu pulang ke rumahnya. Pemuda itu adalah keluarga angkat baru aku. Dia amat menjaga aku dengan begitu baik sekali. Aku selesa berada di sampingnya. Kemudian aku mengikutinya ke Kuala Lumpur. Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki besar aku di sini.

Di Kuala Lumpur, aku ditempatkan sementara di rumah pemuda itu. Di sini makanannya amat enak sekali tidak seperti di kampung halaman. Beraneka jenis nyamuk, lalat dan langau dapat diperolehi. Walaupun dikekang cuaca tidak menentu yg kadang-kadang membuatkan badanku terhidrat dan juga kesibukan hiruk pikuk kota, aku selesa. Walaupun sedikit kebosanan juga berada di rumah. Setiap hari hanya dihabiskan dengan menonton TV, makan dan tidur..





Dan kini, aku telah diberikan kepada keluarga angkat yg baru. Manis dan baik orangnya. Keluarga angkat yg baru ini amat menjagaku dengan begitu baik sekali. Aku amat bertuah kerana masih ada orang yg mengambil berat dan menyayangiku seperti ini. Rupa-rupanya keluarga angkat yg baru ini telah pernah aku temui di kampung halaman tidak lama dulu. Dia memang sudah berkenan sejak kali pertama memandangku. Aku berharap agar kebahagiaan ini akan berkekalan, dan aku juga akan menjaga keluarga baru ini dengan sebaiknya..

5 bla bla bla:

  Faiz Rev

June 28, 2010 at 12:34 AM

katak tu xnah tego aku pon.

tdo je tau

zzzz

  w3nkt

June 28, 2010 at 12:35 AM

wei bila masa lak katak tu tu kat hall kter? tak pasan pn?

  kHaiRuLdiN

June 28, 2010 at 2:10 AM

faiz: froggy kn baru dtg KL, mestila xtego org yg xknal..

irwan: time korg g kje.. die lepak kt rmh laa

  limauais

July 2, 2010 at 6:30 PM

waa..besanye katok tuh,sama saiz nga bdak kecik.haha.
ad nga sape katok tuh leni?

  Ayub.skod.mg

July 3, 2010 at 2:00 AM

rindu do katak tu..