kenapa cipp.. kau berucipp.. kenapa cipp.. cipp cipp cipp

.: Kisah Katak :.

Namaku Froggy. Aku dilahirkan di zon bebas cukai Rantau Panjang. Disitulah tempat aku dibesarkan bersama rakan-rakan sebayaku yg lain. Setiap hari aku menemani ibu di gerai, juga bersama rakan-rakan lain. Kami asyik bermain saban hari.

Pada suatu hari, ada seorang pemuda telah jatuh hati kepadaku. Aku dgn rela mengikuti pemuda itu pulang ke rumahnya. Pemuda itu adalah keluarga angkat baru aku. Dia amat menjaga aku dengan begitu baik sekali. Aku selesa berada di sampingnya. Kemudian aku mengikutinya ke Kuala Lumpur. Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki besar aku di sini.

Di Kuala Lumpur, aku ditempatkan sementara di rumah pemuda itu. Di sini makanannya amat enak sekali tidak seperti di kampung halaman. Beraneka jenis nyamuk, lalat dan langau dapat diperolehi. Walaupun dikekang cuaca tidak menentu yg kadang-kadang membuatkan badanku terhidrat dan juga kesibukan hiruk pikuk kota, aku selesa. Walaupun sedikit kebosanan juga berada di rumah. Setiap hari hanya dihabiskan dengan menonton TV, makan dan tidur..





Dan kini, aku telah diberikan kepada keluarga angkat yg baru. Manis dan baik orangnya. Keluarga angkat yg baru ini amat menjagaku dengan begitu baik sekali. Aku amat bertuah kerana masih ada orang yg mengambil berat dan menyayangiku seperti ini. Rupa-rupanya keluarga angkat yg baru ini telah pernah aku temui di kampung halaman tidak lama dulu. Dia memang sudah berkenan sejak kali pertama memandangku. Aku berharap agar kebahagiaan ini akan berkekalan, dan aku juga akan menjaga keluarga baru ini dengan sebaiknya..

.: Selamat Hari Bapa :.


alhamdulillah.. aku mungkin bernasib baik kerana masih mempunyai seorang bapa.. di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kpd semua insan yg bergelar bapa tak kira di mana jua mereka berada.. terutamanya kpd bapaku.. dan juga abgku yg baru tahun ini bergelar bapa..

kepada yg sudah kehilangan bapa.. berkat doa tulus anak-anak akan sentiasa bersama mereka.. Semoga ditempatkn dikalangan org-org yg beriman..amin..

suka tgk gambar nih.. mcm zman muda-muda


abg dan anak pertamanya

Dajal Bangsat!!!



arakian aku mahu update sebuah kisah.. sekarang aku sedang bercuti di kampung selama seminggu.. sudah lama mahu refresh balik otak yg penuh tepu hiruk pikuk kehidupan kota..

kebetulan juga time cuti nih aku ada Hari Keluarga.. 2D 1N kt Pantai Melawi, Bachok.. kebiasaannya memang kami akan tidur di chalet yg sudah ditempah.. tetapi ayah aku rasa tidak sedap hati mau juga bermalam di rumah.. alasannya krn di kawasan kejiranan aku ramai yg tiada di rmh masing-masing..jadi bimbang sekiranya berlaku apa-apa kejadian yg tidak diingini.. Jadi mlm itu kami berdua saja yg berada di rumah..

Awal pagi itu, sekitar 430 pg ayah aku tersedar dan ke bilik air.. kemudian ayahku baring semula di atas katil utk melelapkan mata.. tiba-tiba terdengar bunyi mcm ranting kayu patah.. tetapi bunyi itu sgt kuat.. selang beberapa saat kemudian berbunyi lagi.. ayahku terus meluru ke tingkap utk melihat.. rupa-rupanya ada 2 ekor pedajal mahu menyembelih motor LC dluar rumah..


Ayahku terus menjerit dgn kuat sambil menepuk2 tingkap.. dan mengejutkan aku di bilik paling hujung berdekatan dapur.. aku dan ayah turun ke luar rmh utk melihat apa yg sedang berlaku.. sambil aku membawa sebatang kayu utk kselamatan.. di luar rmh keadaan gelap gelita.. ayahku berkata dia ternampak 2 ekor pedajal berseluar jeans berada berdekatan motor melarikan diri melompat pagar rmh..aku terus menjengah ke luar pagar utk melihat tetapi tidak nampak sebarang kelibat.. pandangan terbatas kerana hari yg masih gelap..


Bila tengok kembali keadaan motor tuh.. memang semua kunci sudah dibuka.. pintu pagar kecil pula sudah terbuka luas.. memang motor tu tunggu masa utk dibawa lari saja.. Alhamdulillah.. rezeki masih milik kami.. hari itu juga kami membuat laporan polis..


kunci rantai dan mangga yg berjaya dibuka


keadaan rantai yg putus dua


pintu pagar ini sedang terbuka luas


mangsa keadaan