kenapa cipp.. kau berucipp.. kenapa cipp.. cipp cipp cipp

16 - 24 May

Seminggu yg lalu ibarat satu percutian bagi aku.. aku dapat unofficial cuti utk seminggu selepas diberi kelonggaran oleh bos aku. Sebenarnya semua staff di office ada kerja di Pattaya, Thailand selama seminggu dan hanya tinggal aku seorang je. Sebelum berangkat, bos bgtau, "Khairul, you're the boss now". So paham2 lah ape seorang bos akan buat kan?

Selepas menikmati saat-saat bersama ibu aku yg datang dari KB, keesokan hari aku berangkat ke UTP. Pengalaman pertama menaiki KTM Train dari KL Sentral ke Bt. Gajah memang best..berbaloi juga dengan harga serendah RM10.. dalam tren aku bersembang dgn org sebelah sambil main Rubik..

Di UTP selama 3 hari, tujuan utama ialah utk setel hal berkenaan konvo.. ttp hanya sempat setel beberapa perkara shj. Selain itu, dpt juga berkumpul bersama rakan-rakan lama dan baru.. Sangat seronok setelah lama tidak berkumpul bersama-sama.. Jumaat ptg, aku pulang ke KL juga dengan menaiki tren. Kali ini tidak keseorangan kerana Rumi ada bersama.. 

9pm: tiba di KL Sentral, tggu pakcik aku dtg menjemputku. Sebab nanti kitorg akan terus ke Melaka ke kg pakcik aku di Tg. Kling, dekat jer dgn Pantai Puteri.. Sebenarnya sudah hampir 6 tahun aku tidak berkunjung ke kg pakcik aku nih.. Last time dlu selepas exam SPM, masa tuh anak2 buah die kecil2 lagi..guess what? semua gurls.. Tapi sekarang yg paling muda pun da darjah 2.. paling tua?? urmm.. =P

Di Melaka igt nk hangout wif Zera.. tp due to some problem yg die nk kene setel, dia xdpt nk join.. So aku kontek some old frens yg da keje kt Melaka nih.. at least dpt jugak lepak kat Mahkota Parade men boling n movie dan minum coconut shake terhebat di Klebang.. Pantai Puteri plak mmg tiap2 petang pegi.. hirup udara nyaman dan menikmati panorama senja matahari terbenam..

Pemandangan senja di Pantai Puteri

Ahad, pengakhiran kepada satu percutian.. pulang ke KL. Sebelum pulang aku sempat menghadiahkan Rubik kpd gurl2 kt Melaka tuh.. :) 

Kepada teman2 di Melaka yg aku x sempat nk lawat, aku minta maaf sgt2 sebab masa mmg suntuk.. 2 hari je mmg x cukup.. But there'll alwayz be next tyme k.. See y'all then~

.: Nobody but you :.

This picture was taken last Sunday when we were shopping at Jalan Masjid India. Yes.. there are no other places like Jalan Masjid India which can be describe as the heaven of shopping.. Women like to shop there rite?? Jakel... Kamdar.. Mydin and lot of shops.. This place always be at the top list to visit if there are visit from my kampung.. 

My mother came all da way from Kota Bharu by flight last Friday.. together with my aunties.. It was a great moment to spend wif my mother again.. after such a long time. My sis also came from her collegue.. we spend the whole weekend at Subang, where my uncle had a bday party for his little daughter, Nurul Waheda who was already 8 years old..

And I will be back again in 2 weeks, for a huge Family Day.. yes, it was already 5 years since the last Family Day that we held..

~ Selamat Hari Guru ~


Sempena Hari Guru yg bakal disambut 16 Mei ini..aku nk cerita tentang guru-guru yg sampai skang aku takkan lupa.. kenapa 16 Mei? sebab pada tarikh inilah Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu telah menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (atau Laporan Razak) sbg dasar pelajaran negara kita.. Hah?? baru tau ke?

Ustazah Siti Esaha
Juga merangkap ibu kepada sahabat aku. Ustazah Siti Esaha mengajar aku masa sekolah rendah. Ajar ape? Ajar agama la kot.. Juga merupakan guru pengawas pada masa itu. Antara sebab-sebab aku jadi pengawas sekolah rendah dlu pun sbb dia la kot.. hehe.. anak die lak kawan rapat aku sampai skarang. Aku rasa semua adik beradik aku pernah diajar oleh ustazah ini.. sehingga ustazah pon da knal kami adik bradik tau.. anak-anak Mat Rahim, hehe..

Ustazah Kartini
Masa aku sekolah menengah, Ustazah Kartini byk membantu aku dlm Bahasa Arab.. sehingga aku berjaya dpt A dlm Bahasa Arab dlm PMR tau.. (senyum lebor.. sape2 yg tau sbb lain diam2 yer..). Dlm kelas kitorg mmg selalu kene cubit dengan die, kalau salah jawab soalan, x buat kerja sekolah kompem kene cubit.. antara yg slalu kene cubit ialah Nabil dan Sheriman.. (peace Nabil + Sheriman) =P

Cikgu Rusly
Cikgu ni ajar Geographi, aku pun suka subjek ni sebab dia ajar best!! dengan gaya, tone, body language dan mimik muka dia yg lucu.. Selalu wat kelakar dlm kelas masa mengajar, tp biasanya die wat kelakar die dgn muke serius.. haha.. 

Cikgu Zanariah
Cikgu Zanariah.. cikgu yg mengajar aku Add Maths sampai aku jadi terer.. aku mengaku aku terer Add Maths pon sebab die tau.. cara die yg menawan aku utk meminati Add Maths. Ajar aku masa form 4, tp awal tahun form 5 dia bertukar ke MRSM lain.. punyelah sedih kitorg satu kelas masa tu.. kelas-kelas lain pon same. Tp aku dengar2 sekarang die da bertukar balik ke MRSM PC, betul2 rindu nk jumpe dier.. Satu ayat dari mulut beliau yg aku igt sampai skarang, masa tu aku jumpe die sbb aku skit lg nk dpt A utk Add Maths.. "takpolah, sebab Din juruh.. cikgu bui bonus 2 markah lagi". Aku keluar dari bilik die dgn senyum lebar.. tak paham? ask Guru :)

Ustaz Rashidi
Kenapa ramai ustaz ngn ustazah ek? Hahaha xpelah.. Ustaz Rashidi ni asal Kedah, warden asrama aku dan juga cikgu homeroom aku.. bilik dia sblah dorm aku jer.. sgt nice orgnye.. xpernah aku tgk die berkasar ataupun marah kat students. Tp satu aku x lupa time die marah masa batch aku (lelaki jer) yg wat kurang ajar dlm blok asrama.. (batch lelaki je tau kot) Mmg time tu aku tgk die x mcm dia lg daa.. Haha ustaz pon manusia jugak kan? Erm.. Ustaz nih baik sgt... sampai selalu jugak kejut kitorg bangun Subuh kt Dorm B-13 tuh.. Skarang da berkahwin, rindu nk jumpe salam cium tgn die.. 

last sekali.. tak mungkin aku lupa ialah..

ayahku sendiri.. Cikgu Mat Rahim Musa

Kepada cikgu2 lain yg aku x sebut namanya.. jangan terasa yer.. memang cikgu-cikgu semua byk membantu aku jadi seperti aku sekarang.. Aku ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru di Malaysia.. yg pernah atau tak pernah mengajarku.. Mohon halalkan segala ilmu yg telah diperturunkan.. juga maafkanlah diriku ini sekiranya ada yg mengguris perasaan guru-guru..
tak lupa juga Selamat Hari Guru kepada ayahanda dan kakak tercinta.. 

Ya Allah.. ku pohon restu kasih-Mu.. ampunkanlah guru-guru ku..

All day long..

Semalam, aku folo sepupu aku ke rumah abangnya di Setiawangsa.. Pagi-pagi lagi bertolak ke KL kerana kami mahu ke rumah kakaknya di Banting bersama-sama.. takut matahari dah meninggi kerana perjalanan ke Banting memakan masa juga.. Masih lagi terasa penat kerana malam sebelumnya kami layan movie Star Trek kt Alamanda sampai larut malam..

First time menjejakkan kaki ke Banting, perjalanan jauh yg amat memenatkan sehingga aku terlelap.. Sampai je di rumah kakak, makan tgh hari.. bawal sweet sour, ayam goreng kunyit, sayur dan paling tak boleh ditolak ialah budu.. Haha da lama x merasa makan ulam-ulaman ngn budu neh.. Makan sampai berpinggan-pinggan..

Petangnya kami pulang ke KL, igtkn mau terus pulang ke rumah ttp rupenye sepupuku planning mau ke Shah Alam bertemu rakan-rakannya di sana.. Aku folo jer.. Malamnya pula ikut diorg jammin sampai ke pagi.. First time aku masuk studio tgk org jammin live.. sampai tetdo aku atas sofa di studio itu kerana kepenatan..

Bukannya nk ceritakan apa yg aku buat hari ini semata-mata, tetapi mau berkongsi akan hari yg bermakna yg jatuh pada hari ini.. 10 Mei..

"Mother's Day" yg disambut setiap minggu ke-2 bulan Mei amat memberi makna kepada setiap ibu.. dan aku juga tak lupa mengucapkan Selamat Hari Ibu kpd ibuku.. tak sabar mau berjumpa ibu yg akan dtg pada hari Jumaat nanti.. pelbagai program juga sudah diatur.. hehe..

1 Year Old laa..

Sabtu ni (9 May) genaplah setahun blog Alamak~!! Abedaa.. dilancarkan.. Memang blog aku yg baru berusia setahun ini tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan blog lain yg lebih poweroot..
Di kesempatan ni aku ingin memohon ampun dan maaf kpd mana2 orang perseorangan, badan kerajaan, NGO, institusi-institusi berdaftar dan sesiapa sahaja sekiranya ada yg kecil hati selama setahun aku berkecimpung dalam bidang ini. Tenkiu..

pak pak keboomm kebomm..

Haha.. kali ni tajuk tu ada kaitan dengan bunyi paluan kompang yang akan bergema tak lama lagi.. Kali ini hot stuff ex-classmate aku dulu yang paling banyak gosip.. Rohani.. Bakal suami pula ex-senior kitorg.
Cakap banyak tak guna jugak kan.. so lets just see their wedding card..

Rohani orang kedua yang melangsungkan perkahwinan selepas Rashidah kira-kira setahun yang lepas.. then who next? Kepada Rohani dan bakal suaminya, EE.. selamat pengantin baru.. semoga kekal bahagia melayari bahtera rumahtangga.. do wish me too k~