kenapa cipp.. kau berucipp.. kenapa cipp.. cipp cipp cipp

All day long..

Semalam, aku folo sepupu aku ke rumah abangnya di Setiawangsa.. Pagi-pagi lagi bertolak ke KL kerana kami mahu ke rumah kakaknya di Banting bersama-sama.. takut matahari dah meninggi kerana perjalanan ke Banting memakan masa juga.. Masih lagi terasa penat kerana malam sebelumnya kami layan movie Star Trek kt Alamanda sampai larut malam..

First time menjejakkan kaki ke Banting, perjalanan jauh yg amat memenatkan sehingga aku terlelap.. Sampai je di rumah kakak, makan tgh hari.. bawal sweet sour, ayam goreng kunyit, sayur dan paling tak boleh ditolak ialah budu.. Haha da lama x merasa makan ulam-ulaman ngn budu neh.. Makan sampai berpinggan-pinggan..

Petangnya kami pulang ke KL, igtkn mau terus pulang ke rumah ttp rupenye sepupuku planning mau ke Shah Alam bertemu rakan-rakannya di sana.. Aku folo jer.. Malamnya pula ikut diorg jammin sampai ke pagi.. First time aku masuk studio tgk org jammin live.. sampai tetdo aku atas sofa di studio itu kerana kepenatan..

Bukannya nk ceritakan apa yg aku buat hari ini semata-mata, tetapi mau berkongsi akan hari yg bermakna yg jatuh pada hari ini.. 10 Mei..

"Mother's Day" yg disambut setiap minggu ke-2 bulan Mei amat memberi makna kepada setiap ibu.. dan aku juga tak lupa mengucapkan Selamat Hari Ibu kpd ibuku.. tak sabar mau berjumpa ibu yg akan dtg pada hari Jumaat nanti.. pelbagai program juga sudah diatur.. hehe..

2 bla bla bla:

  ~rukia_kuchiki

May 10, 2009 at 11:19 AM

no one can love you the way she does, because she is your mother. *smile

p/s: tetiba rindu plak kt mak..huhu

  aQlili raHim

May 15, 2009 at 12:06 PM

yea! blh jmpa dgn mama!