kenapa cipp.. kau berucipp.. kenapa cipp.. cipp cipp cipp

Road Trip Penang

Butiran Road Trip

Destinasi : Pulau Pinang
Tarikh dan Masa : 1 Pagi, 21hb Februari - 6 Petang, 22hb Februari.
Peserta : Munir, Khairi, Khairuldin, Izman, Azizul
Peserta Tidak Hadir : Danial
Kenderaan Rasmi : Kia Karnival (ditaja oleh En Khairi)
Kamera Rasmi : Nikon D60 (ditaja oleh En Izman)
Petrol Rasmi : Petronas
Tempat Tinggal Rasmi : Sebuah rumah disekitar Tmn Inderawasih (ditaja oleh En Izman dan Makciknya :D)

Selamat bertemu kembali, pada sesi kali ini saya akan menceritakan detik2 ketika kami berlima pergi bercuti (Road Trip) ke utara, iaitu Pulau Pinang.. Antara yg watak2 utama yg terlibat dalam Road Trip kali ini ialah..

Munir
* Presiden Kumpulan (Project Manager)
* Diundi sebagai presiden kerana lebih senior
* Merangkap Kaunselor Kumpulan
* First time ke Penang



Jiman
* Naib Presiden Kumpulan
* Merangkap Pemandu pelancong
* Penaja Penginapan (Tmn Inderawasih)
* Menguruskan kebajikan kumpulan (makan minum, tempat tinggal)



Khairi
* AJK Logistik / Bendahari
* Mengutip bayaran penyertaan
* Penaja Pengangkutan (Kia Karnival)
* Memastikan kenderaan dalam keadaan selamat



Zul
* AJK Keselamatan
* Memastikan keselamatan ahli kumpulan
* Memantau pergerakan ahli-ahli




Me
* AJK Aktiviti dan Perhubungan Luar
* Memastikan aktiviti mengikut jadual yg ditetapkan
* Merekod aktiviti kumpulan
* Memastikan segalanya berjalan lancar tanpa sebarang anasir2 jahat








I love KIA ~

Jumaat, 20 Februari 2008

Aku harus ke rumah Munir terlebih dahulu untuk berkumpul sebelum berangkat.. Tiba dlm jam 10 malam, sementara menanti kehadiran Zul, aku dan Munir lepak di Ali Bistro.. Setelah Zul tiba, kami melahap megi goreng dan secawan teh tarik sebelum ke rumah Munir..


Sabtu, 21 Februari 2008

Ketika jam merangkak ke 1.00 pagi, Khairi dan Jiman tiba.. kami terus memuatkan bagasi dan bertolak ke utara.. Khairi yg memandu ketika ini.. Jam sudah hampir 2.00 pagi, tapi dek kerana tak tahan mengantuk, kami mengambil keputusan utk berhenti di RnR Rawang utk meneguk secawan dua kopi gano. Tak disangka pula kerana pada waktu yg sama kelihatan geng2 Raja Lawak Musim ke 3 turut sama meneguk kopi gano di RnR itu.. Ape lagi, aku terus je tegur sorg peserta Raja Lawak iaitu Amir.. dan kami pon bergambar sbg kenang-kenangan..



Geng Raja Lawak Musim ke 3

Kami meneruskan perjalanan, destinasi seterusnya kami berhajat untuk singgah melawat bandaraya Ipoh di kala awal pagi.. Jiman pula dibuai mimpi di seat belakang sekali.. Tiba dalam jam 4.15 pagi.. Meronda2 bandar Ipoh kejap, singgah di Stesen Keretapi lama.. dan juga "bersahur" di mapley belakang Tesco.. Tetapi kami kecewa kerana niat utk meneguk White Coffee Ais tidak kesampaian..



Dalam stesen keretapi Ipoh
5.00 am : Meneruskan perjalanan ke Penang.. Mata masing2 menahan dari terlelap.. Awek Tol Jelapang yg mengagihkan tiket cukup manis orgnyer.. Aku duduk di sebelah Jiman yg ketika itu memandu, hajat ingin menemani Jiman sehingga sampai ke destinasi.. tetapi dek kerana jeles kat org2 belakang yg tido, aku tertewas jua akhirnya.. Nasib ko lahh Jiman..

Tiba di rumah Makcik Jiman jam 0600 am, lepas bersalam dgn tuan rumah dan solat subuh.. masing-masing merebahkan diri.. sambung tido lagi..

Jam 1000 am, bersiap2 untuk ke pulau.. Org yg paling excited ketika ini tak lain tak bukan Munir.. kerana ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke Pulau Mutiara ini.. Munir seronok bukan kepalang dapat naik kereta atas feri.. Haha..



Atas feri ke Pulau Pinang
Destinasi pertama ialah Batu Feringgi. Memang byk btul pelancong asing kt Batu Feringgi neh.. Ade yg berjemur.. naik parachute.. jetski, ATV, tunggang kuda dan mcm2 lagi.. Terasa mcm di Hawaii seketika.. Kami tak melepaskan peluang menaiki Banana Boat.. tidak dinafikan ini merupakan kali pertama aku menaiki Banana Boat.. kami juga bermandi manda walaupun di tengah hari buta.. Yee haa~


Penat menaiki banana boat terutama ketika di laut dalam..terpaksa panjat~

Lepas Batu Feringgi, cari makan tgh hari plak.. Mula2 Jiman bawa kami ke Butterfly Farm tetapi sekejap jer.. Perut daa lapa.. Jiman bawa kami ke Line Clear Nasi Kandar, terletak betul2 di kesibukan kota Georgetown.. Mmg clear abes ar makan.. Harga pun berpatutan la..



Gerai Nasi Kandar Line Clear di celah lorong


Lepas makan tengah hari, kami bersiar2 di sekitar bandar dan Jalan Penang.. Berhenti utk solat sekejap di Masjid Kapitan Keling.. mengambil kesempatan utk shoot gambar di sekitar bandar..


Selesai semua, kami berangkat menuju ke Bukit Bendera.. Memang penuh dengan pelancong ketika itu walaupun hari sudah lewat petang.. Di atas bukit dapat dilihat panorama indah kota Pulau Pinang.. Kemudian bergegas pulang sebelum maghrib.. singgah dahulu di Sup Hameed.. Berbagai-bagai jenis sup yg ada. Ada sup kambing, daging, ayam, perut, puyuh. sup torpedo pun ada.. Makan roti cecah sup panas.. amat menyelerakan.. hujan pula tu..



Keluar dari Pulau Pinang melalui jambatan.. Tiba di rumah makcik Jiman jam 830 malam.. berehat sekejap malam itu sebelum keluar ke mapley yg berdekatan.. minum2 dan borak pjg sambil tgk bola.. Tapi sekejap shj kerana masing2 dah penat..


Ahad, 22 Februari 2008

Bangun..siap2 dan bersarapan.. Hari ini kami akan berangkat pulang ke KL semula.. Sebelum itu kami ke kampung Jiman yg betul2 terletak di tepi pantai..


Selepas bersantai di tepi pantai seketika.. kami meneruskan perjalanan. Berangkat pulang dalam jam 1100 pg.. Kami terus jer sehingga ke destinasi seterusnya.. Ipoh.. mulanya bercadang utk singgah di Ipoh utk makan tgh hari.. tetapi memandangkan kami mahu juga menjamah keenakan white coffee ais, tiada tempat lain yg terlintas di benak fikiranku melainkan kedai Farouk & Sicthik, berdekatan UTP.. tempat aku selalu lepak tgk bola dan makan..

menjamah keenakan white coffee bersama nasi goreng kambing dan nasi ayam tanam..

Singgah solat di Masjid An-Nur, UTP.. ketika itu hujan renyai.. Oleh kerana kesuntukan waktu, kami hanya sempat solat dan meronda sekitar UTP shj.. Kemudian ke Kellies Castle seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur..

Pengalaman 2 hari di Pulau Mutiara amat menyeronokkan.. dpt bertemu pula dgn kawan baru.. Nantikan road trip yang seterusnya, mungkinkah di tempat anda??

Memori awek tol gate Jelapang, awek mapley kt Penang dan awek Myvi Oren tak mungkin dilupakan.. =P


Burnin' Up~

Aku da ditag dgn ikhlust nyer oleh yap (http://dezerotee.wordpress.com/2009/02/19/saja-sonok-tag-tanpa-ditag/)..

Sebenarnya aku seronok sgt jwb tag neh sbb lain dari yg lain..

And These Are The Tags:Put Your I-Tunes, Windows Media Player, Etc. On Shuffle.
For Each Question, Press The Next Button To Get Your Answer.
YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
Tag 10 Friends.
Everyone Tagged Has To Do The Same Thing.
Have Fun!


IF SOMEONE SAYS ‘ARE YOU OKAY’ YOU SAY?

"Can u see?? Da ternyata dpn ko neh" (Estrella - Ternyata)


HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?

"Aku hanya seorang hamba yg lemah" (Dafi - Lemah)

~ perghh..haha!! bajettt..

WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?

"Aku suka tentang hidup nya.." (Sheila On 7 - Tentang Hidup)

~ tak dinafikan..kisah hidup seseorg itu dpt menarik minat kita kan??

HOW DO YOU FEEL TODAY?

"I kissed a girl, i like it~ i kissed a girl to try it~" (Katy Pery - I Kissed A
Girl)

~ haha aku da tak betol!!~kalo dpt kiss betol2 kan best!! =P

WHAT IS YOUR LIFE’S PURPOSE?

"Aurora oh aurora.." (Estranged - Aurora)

~ walaupun jauh kau dekat dihati.. simple jer.. aurora.. lantak korg laa nk pk ape.. nama awek neh!

WHAT’S YOUR MOTTO?

"Nampak ketarakah dilema di wajahku??" (Hujan - Dugaannya)

~ aku x nak jadi askar!!! Mampukah ku bertahan??

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?

"Wake me up when september ends" (Greenday - Wake Me Up When September Ends)

~ erm.. mungkin sbb bday aku bulan september kot..

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?

"Its not over yet..keep fighting!!" (Chris Daughtry - Its Not Over)

~ our parents never give up on us.. always think "its not over"..

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?

"Sememangnya akan ada yang iri hati dgn kita..cuba menjatuhkan ouh dgn harapan
agar kita tidakkan bertemu kejayaan" (Ruffedge - Jangan Berhenti)

~ Wahh.. lagu ni beri inspirasi utk kita maju ke hadapan kan??

WHAT IS 2 + 2?

"Tu dia Delilah!!" (Plain White T's - Hey There Delilah)

~ cuba mengelak dari menjawab.. haha..

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?

"apakah silap dan salahku.. apakah dia yg dicari..utk kembali disisimu.." (Aliff
Aziz - Ku Sendiri)

~ in love with our best friend kot..

WHAT IS YOUR LIFE STORY?

"My life is quizzical" (Juliet The Orange - Quizzical)


~ aku pun tertanya2 gak..

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?

"Aku dibius cinta~" (Melly Goeslow & Yusry - Dibius Cinta)

~ cita2 asal aku memang nk jadi doktor kot.. stended cita2 budak2 kan?? doktor..polis.askar..

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?

"Siapa sebenarnya aku pada mu?? Mungkin sama dgn teman lain yg bisa kau buat
begitu.." (Faizal Tahir - Cuba)

~ erm.. aku akn fikir siapa aku di sisinya..

WHAT WILL YOU DANCE AT YOUR WEDDING?

"Dan??" (Sheila On 7 - Dan)

~ pura2 jawab balik.. lols..

WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?

"Betapa hancurnyaa.." (Sheila On 7 - Betapa)


~ erm.. da xde hobi lagi da.. sme da hancuss!! byk lak lagu SO7 neh..

WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?

"Run baby run,
Don't ever look back.
They'll tear us apart,
If you
give them the chance" (We The Kings - Check Yes Juliet)

~ abes tuh.. tak takut lg ke??

WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?

"Terima kasih cinta utk segalanya.." (Afgan - Terima Kasih Cinta)


~ always appreciate in love..

WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?

"I want to be by ur side in everything that u do" (Firehouse - I Live My Life
For You)


~ i live my life for you... but for who?? awek pon xdak neh..

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?

"I dont love u like i did yesterday" (My Chemical Romance - I Don't Love You)


~ tu ah.. sape suh wat camnih.. kan da x syg cam smlm lg daa..

WHAT WILL YOU POST THIS AS?

"Im burnin up..burnin up for u baby" (Jonas Brothers - Burnin' Up)

~ post jer la..

aku tanak tag sape2..thanx bai..

Tag - 6th Image from 6th folder @ my pic's folder

I was tagged last Saturday by wadieq (http://najwadi.blogspot.com/2009/02/2nd-tagged-6th-image-from-6th-folder-my.html)..


The challenge is:
Go to your photos folder in your computer.Go to the 6th folder of photos.Go to the 6th picture in that folder.Put the picture on your blog and description of it.Invite six friends to join the challenge.Link them in your blog and let them know they have been challenged.


Memandangkan ketika itu aku bercuti di Munir Villa.. dan kali ini baru aku berkesempatan menjawabnya.. this is the real result from my own PC..


And the result that i found was..


tadaaa...



Horikita Maki - chan desu~
Actually masa nih aku memang minat dgn pelakon nih.. Horikita Maki sejak tgk die berlakon cte "Densha Otoko".. Mmg cumil~ So aku pn simpan la selai dua gambar2 nyer.. Hehe.. Nak describe pe lagi?? Gugel ar sendiri.. lols~
Buat masa ini tak berminat utk tag sape2... thats all..

Happy Birthday Papa~


Hari ini 18 Februari genaplah usia ayahanda ku, Mat Rahim Bin Musa, yg sekarang sudah menjengah usia 55 tahun.. Baru ku sedar rupanya sudah byk yg dilalui ayahandaku di kala seusia itu..

Sesungguhnya pengorbanan seorang bapa tidak ternilai.. Walaupun seringkali kita terasa yg ayah kita menyakiti hati kita, membosankan kita, menyusahkan kita.. Tapi sedarkah bahawa tidak pernah ada sekelumit pun niat di hati nya..

Pernahkah kamu wahai anak2 sekalian..mengambil sedikit masa shj utk merenung pengorbanan telah ayah kamu lakukan? Pernahkah kamu terfikir ape perasaan ayah kita jika kita tidak mengendahkannya?? Dan pernahkah kamu mengambil sikit shj masa kamu.. merenung wajah ayah kamu yg sedang tidur selepas pulang dari kerja?? Cuba tilik wajah itu baik2.. nescaya kamu akan sedar bahawa insan bernama AYAH dihadapan kamu itu adalah manusia yg mulia di mata kamu..
Dan berbaktilah kepada ayah kamu sementara mereka masih lagi dapat menghirup udara segar di dunia yg sementara ini..

Cara selamat utk tidur di pejabat~

Berikut aku dapat dari emel.. cara-cara utk tidur di pejabat..



Nak tidur kat pejabat? Senang je...pejamkan mata korang pastu tampal je sticker ni....mesti takde orang perasan punyer....



tapi kalau dah lame sangat mata korang tak berkelip, ade orang perasan la kot....




P/S: korang akan lagi kantoi kalau berdengkur

Percutian hujung minggu..


Hari ini.. genaplah percutian aku selama 3 hari 2 malam di Holiday Munir Villa. Munir Villa menawarkan pelbagai servis lain yg bersesuaian dgn citarasa pelanggannya.. Bilik double deluxe dgn katil king size, dilengkapi aircond dan kemudahan jaringan internet.. Pelanggan juga boleh memesan makanan atau minuman yg akan dihantar terus ke kamar. Makanan? tidak perlu bimbang..kerana dijamin perut anda akan sentiasa full...

Selain itu terdapat juga kemudahan lain seperti Playstation 3 dgn TV plasma 32".. selain pakej ASTRO lengkap (Movie,Discovery,Sports). Sekiranya pelanggan ingin ke mana-mana, driver disini sedia menghantar mereka.. Munir Villa terletak berdekatan Stesen Putra LRT, hentian bas, shopping mall, pasar malam, highway dan juga yg paling penting.. berdekatan apartment kediaman awek-awek nurse.. amat strategik sekali..

Oleh itu, segeralah membuat tempahan utk percutian anda di Holida Munir Villa.. Pakej percutian yg memberi nilai utk wang anda.. Sila hubungi 012-2416106 untuk tempahan dan keterangan lanjut..


ps: wadieq..nanti aku pos lain memandangkan sekarang aku tgh bercuti..

Wedding Announcement~

One day.. aku berpeluang chatting dgn salah seorg kwn lama aku.. juga dari UTP, Apih (lebih glemer dgn panggilan Pink).. Sehinggalah aku tnya ttg khabar angin yg mengatakan die mahu melangsungkan perkahwinan.. aku x heran la dia nk kawin sbb setahu aku.. dia nih da tahap professional kalo bab2 tekel awek neh..

Assalamualaikum...

Sahabat yg dirahmati Allah..

Bismillahirrahmanirrahim..

Sukacita dimaklumkan bahawa kami,Hafiz Bin Hassan & Adawiyyah Binti Adam ingin menjemput sahabat-sahabat sekalian ke walimatul urus kami. Semoga dengan kehadiran sahabat-sahabat sekalian dapat memeriahkan lagi majlis kami pada masa & waktu yg berikut:

Kenduri (sebelah perempuan)

  • 14 March 2009, Sabtu (17 Rabiulawal 1430H)
  • Seberang Takir, Kuala Terengganu

Kenduri (sebelah lelaki)

  • 16 March 2009, Isnin (19 Rabiulawal 1430H)
  • Kubang Kerian, Kelantan

Jazakallah & wassalam..

Sekian, Syukran.


Tahniah diucapkan.. semoga rumahtangga yg bakal dibina akan kekal bahagia ke akhir hayat.. Aminn..



1st visit sudaaa..

Hari ini.. aku baru je lepas 1st visit utk internship dari UTP. Supervisor yang datang untuk 1st visit ini ialah Ms Norshuhani, lecturer dari ICT Dept. Ms Norshuhani tak pernah mengajar aku ketika di UTP, and inilah kali pertama aku communicate dgn dia.. I found that she is really a nice person..

Pagi2 lagi aku ade meeting utk present layout public website yg aku da siapkan.. ada 3 semua sekali.. Alhamdulillah, akhirnya bos aku approve design aku yg second, puji hasil kerja aku.. Nak amek ati aku la tu konon.. walaupun aku sedar yg itu susah nk maintain tapi takpe.. ade lah alasan utk diorg hire aku nanti.. Haha..

Then around 11 am, Ms Shuhani call.. ckp da otw.. dia dtg naik cab jer.. sbb husband dia xtau jalan sini.. She met with my sv here, and i'm so lucky.. my sv here byk puji kerja aku.. Kemudian bos aku join sekejap, lagi laa bos aku menghamburkan pujian.. Haha.. memang best ar staff2 kat sini.. Bekap antara satu sama len..

This evening, I will go to publisher company to talk about brochure and annual report yg akan dicetak nanti.. IWS Enterprise kat Cheras.. kakitangan diorg memang lepak.. and nice to work with them.. meeting pon macam lepak kat kedai mamak.. Tp satu je yg aku kagum akan diorg neh, diorg memang professional.. and idea2 diorg pon memang kaw2 ar..

Wiken neh si Munir ajak tgk Valkyrie, cite pasal Nazi Germany.. Cte tu lame dlm 2 jam setengah.. entah larat ke nk menengoknya lainlaa kalo cte tuh best.. Dah laa aritu bleh tertido plak masa tgk Ong Bak 2.. Maklumlah layan movie midnite after the whole day aku merayau2.. Memang penatt...

GeNG: PEnGeMbaraaN BerMuLa




Tanggal 12 Februari 2008 nanti, industri perfileman negara bakal merekodkan satu lagi sejarah besar apabila satu filem animasi 3D pertama buatan anak-anak Malaysia sepenuhnya akan ditayangkan di seluruh tanah air.. Geng: Pengembaraan Bermula..

Geng mengambil masa lebih kurang 4 tahun utk disiapkan, dgn bajek mencecah angka RM4 juta lebih.. Untuk makluman semua, idea utk siri Upin & Ipin diambil sempena watak filem ni laa..

Sedutan filem..

Ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman Kampung Durian Runtuh. Penduduk kampung menyebarkan cerita tentang kewujudan suatu makhluk yang menggerunkan menjelang waktu malam, namun tiada siapa yang berani mencari kebenaran disebaliknya...

Sehinggalah Badrol dan Lim, serta rakan-rakan baru mereka terjerumus ke dalam misteri tersebut tanpa disengajakan. Seekor haiwan aneh yang tidak diketahui asalnya, menjalin persahabatan dengan Rajoo dan membawa mereka semua ke suatu pengembaraan, jauh ke dalam hutan hujan Malaysia yang penuh dengan hidupan liar, termasuk seekor ular gergasi yang mistik. Sertai mereka, dalam mengungkap misteri dan merentasi cabaran di sekitar keindahan panorama flora dan fauna Malaysia.


Oleh itu.. jangan lupa saksikan Geng: Pengembaraan Bermula pada 12 Februari nanti..

Maklumat lanjut, klik sini.