kenapa cipp.. kau berucipp.. kenapa cipp.. cipp cipp cipp

GeNG: PEnGeMbaraaN BerMuLa




Tanggal 12 Februari 2008 nanti, industri perfileman negara bakal merekodkan satu lagi sejarah besar apabila satu filem animasi 3D pertama buatan anak-anak Malaysia sepenuhnya akan ditayangkan di seluruh tanah air.. Geng: Pengembaraan Bermula..

Geng mengambil masa lebih kurang 4 tahun utk disiapkan, dgn bajek mencecah angka RM4 juta lebih.. Untuk makluman semua, idea utk siri Upin & Ipin diambil sempena watak filem ni laa..

Sedutan filem..

Ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman Kampung Durian Runtuh. Penduduk kampung menyebarkan cerita tentang kewujudan suatu makhluk yang menggerunkan menjelang waktu malam, namun tiada siapa yang berani mencari kebenaran disebaliknya...

Sehinggalah Badrol dan Lim, serta rakan-rakan baru mereka terjerumus ke dalam misteri tersebut tanpa disengajakan. Seekor haiwan aneh yang tidak diketahui asalnya, menjalin persahabatan dengan Rajoo dan membawa mereka semua ke suatu pengembaraan, jauh ke dalam hutan hujan Malaysia yang penuh dengan hidupan liar, termasuk seekor ular gergasi yang mistik. Sertai mereka, dalam mengungkap misteri dan merentasi cabaran di sekitar keindahan panorama flora dan fauna Malaysia.


Oleh itu.. jangan lupa saksikan Geng: Pengembaraan Bermula pada 12 Februari nanti..

Maklumat lanjut, klik sini.