kenapa cipp.. kau berucipp.. kenapa cipp.. cipp cipp cipp

Road Trip Penang

Butiran Road Trip

Destinasi : Pulau Pinang
Tarikh dan Masa : 1 Pagi, 21hb Februari - 6 Petang, 22hb Februari.
Peserta : Munir, Khairi, Khairuldin, Izman, Azizul
Peserta Tidak Hadir : Danial
Kenderaan Rasmi : Kia Karnival (ditaja oleh En Khairi)
Kamera Rasmi : Nikon D60 (ditaja oleh En Izman)
Petrol Rasmi : Petronas
Tempat Tinggal Rasmi : Sebuah rumah disekitar Tmn Inderawasih (ditaja oleh En Izman dan Makciknya :D)

Selamat bertemu kembali, pada sesi kali ini saya akan menceritakan detik2 ketika kami berlima pergi bercuti (Road Trip) ke utara, iaitu Pulau Pinang.. Antara yg watak2 utama yg terlibat dalam Road Trip kali ini ialah..

Munir
* Presiden Kumpulan (Project Manager)
* Diundi sebagai presiden kerana lebih senior
* Merangkap Kaunselor Kumpulan
* First time ke Penang



Jiman
* Naib Presiden Kumpulan
* Merangkap Pemandu pelancong
* Penaja Penginapan (Tmn Inderawasih)
* Menguruskan kebajikan kumpulan (makan minum, tempat tinggal)



Khairi
* AJK Logistik / Bendahari
* Mengutip bayaran penyertaan
* Penaja Pengangkutan (Kia Karnival)
* Memastikan kenderaan dalam keadaan selamat



Zul
* AJK Keselamatan
* Memastikan keselamatan ahli kumpulan
* Memantau pergerakan ahli-ahli




Me
* AJK Aktiviti dan Perhubungan Luar
* Memastikan aktiviti mengikut jadual yg ditetapkan
* Merekod aktiviti kumpulan
* Memastikan segalanya berjalan lancar tanpa sebarang anasir2 jahat








I love KIA ~

Jumaat, 20 Februari 2008

Aku harus ke rumah Munir terlebih dahulu untuk berkumpul sebelum berangkat.. Tiba dlm jam 10 malam, sementara menanti kehadiran Zul, aku dan Munir lepak di Ali Bistro.. Setelah Zul tiba, kami melahap megi goreng dan secawan teh tarik sebelum ke rumah Munir..


Sabtu, 21 Februari 2008

Ketika jam merangkak ke 1.00 pagi, Khairi dan Jiman tiba.. kami terus memuatkan bagasi dan bertolak ke utara.. Khairi yg memandu ketika ini.. Jam sudah hampir 2.00 pagi, tapi dek kerana tak tahan mengantuk, kami mengambil keputusan utk berhenti di RnR Rawang utk meneguk secawan dua kopi gano. Tak disangka pula kerana pada waktu yg sama kelihatan geng2 Raja Lawak Musim ke 3 turut sama meneguk kopi gano di RnR itu.. Ape lagi, aku terus je tegur sorg peserta Raja Lawak iaitu Amir.. dan kami pon bergambar sbg kenang-kenangan..



Geng Raja Lawak Musim ke 3

Kami meneruskan perjalanan, destinasi seterusnya kami berhajat untuk singgah melawat bandaraya Ipoh di kala awal pagi.. Jiman pula dibuai mimpi di seat belakang sekali.. Tiba dalam jam 4.15 pagi.. Meronda2 bandar Ipoh kejap, singgah di Stesen Keretapi lama.. dan juga "bersahur" di mapley belakang Tesco.. Tetapi kami kecewa kerana niat utk meneguk White Coffee Ais tidak kesampaian..



Dalam stesen keretapi Ipoh
5.00 am : Meneruskan perjalanan ke Penang.. Mata masing2 menahan dari terlelap.. Awek Tol Jelapang yg mengagihkan tiket cukup manis orgnyer.. Aku duduk di sebelah Jiman yg ketika itu memandu, hajat ingin menemani Jiman sehingga sampai ke destinasi.. tetapi dek kerana jeles kat org2 belakang yg tido, aku tertewas jua akhirnya.. Nasib ko lahh Jiman..

Tiba di rumah Makcik Jiman jam 0600 am, lepas bersalam dgn tuan rumah dan solat subuh.. masing-masing merebahkan diri.. sambung tido lagi..

Jam 1000 am, bersiap2 untuk ke pulau.. Org yg paling excited ketika ini tak lain tak bukan Munir.. kerana ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke Pulau Mutiara ini.. Munir seronok bukan kepalang dapat naik kereta atas feri.. Haha..



Atas feri ke Pulau Pinang
Destinasi pertama ialah Batu Feringgi. Memang byk btul pelancong asing kt Batu Feringgi neh.. Ade yg berjemur.. naik parachute.. jetski, ATV, tunggang kuda dan mcm2 lagi.. Terasa mcm di Hawaii seketika.. Kami tak melepaskan peluang menaiki Banana Boat.. tidak dinafikan ini merupakan kali pertama aku menaiki Banana Boat.. kami juga bermandi manda walaupun di tengah hari buta.. Yee haa~


Penat menaiki banana boat terutama ketika di laut dalam..terpaksa panjat~

Lepas Batu Feringgi, cari makan tgh hari plak.. Mula2 Jiman bawa kami ke Butterfly Farm tetapi sekejap jer.. Perut daa lapa.. Jiman bawa kami ke Line Clear Nasi Kandar, terletak betul2 di kesibukan kota Georgetown.. Mmg clear abes ar makan.. Harga pun berpatutan la..



Gerai Nasi Kandar Line Clear di celah lorong


Lepas makan tengah hari, kami bersiar2 di sekitar bandar dan Jalan Penang.. Berhenti utk solat sekejap di Masjid Kapitan Keling.. mengambil kesempatan utk shoot gambar di sekitar bandar..


Selesai semua, kami berangkat menuju ke Bukit Bendera.. Memang penuh dengan pelancong ketika itu walaupun hari sudah lewat petang.. Di atas bukit dapat dilihat panorama indah kota Pulau Pinang.. Kemudian bergegas pulang sebelum maghrib.. singgah dahulu di Sup Hameed.. Berbagai-bagai jenis sup yg ada. Ada sup kambing, daging, ayam, perut, puyuh. sup torpedo pun ada.. Makan roti cecah sup panas.. amat menyelerakan.. hujan pula tu..



Keluar dari Pulau Pinang melalui jambatan.. Tiba di rumah makcik Jiman jam 830 malam.. berehat sekejap malam itu sebelum keluar ke mapley yg berdekatan.. minum2 dan borak pjg sambil tgk bola.. Tapi sekejap shj kerana masing2 dah penat..


Ahad, 22 Februari 2008

Bangun..siap2 dan bersarapan.. Hari ini kami akan berangkat pulang ke KL semula.. Sebelum itu kami ke kampung Jiman yg betul2 terletak di tepi pantai..


Selepas bersantai di tepi pantai seketika.. kami meneruskan perjalanan. Berangkat pulang dalam jam 1100 pg.. Kami terus jer sehingga ke destinasi seterusnya.. Ipoh.. mulanya bercadang utk singgah di Ipoh utk makan tgh hari.. tetapi memandangkan kami mahu juga menjamah keenakan white coffee ais, tiada tempat lain yg terlintas di benak fikiranku melainkan kedai Farouk & Sicthik, berdekatan UTP.. tempat aku selalu lepak tgk bola dan makan..

menjamah keenakan white coffee bersama nasi goreng kambing dan nasi ayam tanam..

Singgah solat di Masjid An-Nur, UTP.. ketika itu hujan renyai.. Oleh kerana kesuntukan waktu, kami hanya sempat solat dan meronda sekitar UTP shj.. Kemudian ke Kellies Castle seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur..

Pengalaman 2 hari di Pulau Mutiara amat menyeronokkan.. dpt bertemu pula dgn kawan baru.. Nantikan road trip yang seterusnya, mungkinkah di tempat anda??

Memori awek tol gate Jelapang, awek mapley kt Penang dan awek Myvi Oren tak mungkin dilupakan.. =P


0 bla bla bla: