kenapa cipp.. kau berucipp.. kenapa cipp.. cipp cipp cipp

Sekilas final FA

Pada Sabtu lepas, era sukan bola sepak tanah air telah mencipta sejarah tersendiri apabila Stadium Nasional Bukit Jalil penuh sesak dengan berpuluh ribu penyokong kedua-dua negeri, Kelantan dan Selangor. Difahamkan ini adalah final yang paling ramai penonton dengan hampir 80,000 orang hadir memberikan sokongan kepada pasukan pilihan masing-masing.

Kelantan mencipta sejarah apabila layak ke pentas final untuk kali pertama setelah kemarau 39 tahun untuk beraksi di final FA. Lawan Kelantan bukan calang-calang kerana Selangor adalah sebuah pasukan yang mantap dan berpengalaman beraksi di final selain mempunyai rekod yang baik dalam FA Cup iaitu juara sebanyak 4 kali..

90 minit pertama, kedua-dua pasukan buntu jaringan sehingga mengheret ke masa tambahan. Tatkala Kelantan mendahului pada minit ke 102 dengan jaringan penyerang Norfarhan, Kelantan dilihat bakal menjulang piala FA buat pertama kali tetapi impian itu musnah setelah jaringan penyamaan oleh kapten Selangor, Amri Yahyah. 

Akhirnya penalti menjadi penentu dan Kelantan terpaksa akur setelah tewas dalam penentuan sepakan penalti 1-4. Impian segunung berpuluh ribu penyokong Kelantan musnah tetapi penyokong tetap puas dengan persembahan mantap pasukan mereka yang layak buat pertama kali ke pentas final..

Sekilas dari Stadium Bukit Jalil,


Tiket perlawanan


30 minit sebelum sepak mula

Sekalipun tewas, aku bangga kerana sudah lama sokongan sebegini tidak diraih dalam arena bola sepak tempatan. Penyokong berduyun-duyun datang membanjiri stadium. Suasana dalam stadium amat meriah sekali. Semoga ini bakal menjadi titik mula kepada kebangkitan bola sepak tempatan dan membuka mata mereka yang masih sayangkan sukan ini..

Hidup ini hanya persinggahan sementara kan?

Tiba-tiba entah kenapa aku teringat detik-detik manis kenangan masa silam.. memori ketika aku masih lagi kanak-kanak menerawang ke setiap pelusuk mindaku.. tidak dinafikan keindahan memori silam terutamanya zaman kanak-kanak amat manis sekali..

Detik itu telah berlalu kira-kira 15-20 tahun yang lalu namun masih segar dalam ingatan.. Hidup dalam sebuah keluarga yang besar, tatkala ibu menyuap nasi paku yg femes ketika dahulu bersama-sama 3 adik yg lain.. sabar menunggu giliran masing-masing.. Walaupun sebungkus nasi dikongsi namun terasa puas..

Ayah membawa si anak kecil yg berumur 10 tahun membonceng motosikal menyusuri bandar KB.. si anak kecil itu merengek minta dibelikan "hotdog" pabila melintasi gerai burger tepi jalan.. sambil menunggu "hotdog" siap, tangan si kecil tetap erat memeluk ayahnya dari belakang, seperti tidak mahu melepaskannya terus.. tiba di rumah, si kakak pula termakan "hotdog" di atas meja secara tidak sengaja.. apa lagi lantas menjerit si anak kecil menangis, minta dibelikan baru. Ayah tanpa banyak soal terus mendokong si anak kecil membonceng motosikal merentasi kedinginan pekat malam ke mana-mana gerai burger berhampiran.. demi kasih dan sayangnya..

Sekarang perasaan hatiku berbaur dan bercampur aduk.. tatkala melihat photo ini..



Sekarang sebuah keluarga baru telah selamat dibina beralaskan keluarga yg lama itu.. 

Falsafah ada mengatakan..

Tag lagi.. kali ini daripada wadieq dan kN. Ouh ya, tajuk?? memang tiada kaitan pun..

1. Adakah anda suka blogging? Kenapa?

Saya suka blogging iaitu dalam erti kata lain menulis blog dan juga melawat blog. Ini kerana dgn blogging saya dapat memberi idea atau buah fikiran dan juga dpt menceritakan serba sedikit tentang progress diri ini. And I like to read people's stories too..

2. Blog siapa yg anda selalu skodeng? Nyatakan 5 (buat masa ini)

- hilangpunca.blogspot.com
- fuiyoh.blogspot.com
- kN
- wadieq
- yap

(sebabnya diorg nih gemar update blog masing2)

3. Adakah anda menginginkan seseorang dalam hidup anda ? Yang boleh menyayangi anda sepenuh hati ? dan Siapakah org itu ?

Yerp, I need someone in my life.. and so other peoples rite? Lumrah naluri manusia yg ingin berpasangan..sbb itu Tuhan jadikan semua makhluk berpasang-pasangan kan? Kalo org itu dpt menyayangi kita dgn sepenuh hati itu adalah bonus.. siapa org itu?? belum ada lagi..

4. Taken or single? Mana lebih bagus?

Single.. sbb lebih jimat kos dan sara hidup. Hahaha..

5. Pernah tak cinta anda tidak di balas?

Not really sure.. adakah 'cinta' atau sekadar minat.. but i think pernah jer..

6. Ciri2 idaman bf/gf anda? Nyatakan 5 (btolkan skit: suami/isteri)

- solehah, taat ajaran agama..
- cantik, cumil, cun, kawaii di mata saya..
- pandai jaga hati saya..
- pandai jaga kehormatan diri
- bijak.. bukan bermakna harus ada sijil atau degree tp bijak dlm tindakan dan berfikiran matang..

7. Pada umur berapakah anda merancang untuk berkahwin?

tak tahu nk decide umur berapa.. bila dah sampai seru iaitu mampu dari segi kewangan, lahir dan batin so tunggu ape lg kan? tp kalo da mampu tp awek lak xde tak boleh jugak.. as long as before saya berumur 35 tahun la kot~ Nice timing bile saya umur 28-29 tahun..

8. Nak berapa anak?
satu team futsal, atau team netball.. mix laki pompuan.. ramai pompuan lg best sbb byk kali leh jadi wali.. haha~

9. Lucky person yg anda ingin tag:
- anyone will do.. heh~

Sweet Memories~

Hujung minggu yg lepas merupakan cuti hujung minggu yg paling tak dapat aku lupakan kerana aku menghabiskan cuti 3 hari di bumi UTP.. Kitorg da planning smggu nk pegi ke UTP.. Trip ke UTP kali ini disertai oleh 4 org iaitu aku, Yap, Hezri dan Akay. Kitorg amek cuti sehari pada hari Jumaat..



Khamis, 9 April 2009


Khamis mlm, masing2 berkumpul di terminal Putra.. setelah semua tiba barulah bergerak ke rumah Mejey di Selayang PErmai.. Makan dan minum sebelum bertolak ke UTP kira-kira jam 11.30 malam..

Tiba di Batu Gajah dlm jam 12.30 pagi dan ketika itu Mazriff memberitahu mereka semua keluar berkaraoke di Batu Gajah.. kami berpatah balik dan join karaoke skali.. Rmai yg ada termasuk Belle, Jojo, Munir, Ijam, Adam, dan lain2 lagi.. selesai karaoke singgah di mapley Sadiq sekejap melepaskan kerinduan di jiwa.. Haha..


Jumaat, 10 April 2009



Sudah lama aku tak rasa perasaan bangun pagi di UTP terutama sekali pada hari Jumaat.. Haha memang tak dapat diluahkan dgn kata2.. Pagi Jumaat aku ke Hospital Specialist Ipoh utk melawat Lobo yg kemalangan.. Bali pula tak habis2 memuji kecantikan nurse2 yg ada.. Lunch di cafe hospital pun best sebab menyihatkan dan yg paling penting.. murah!!! Scenery pun nice..


Sudah solat Jumaat di UTP, aku berjumpa ex-supervisor aku utk setel hal claim FYP.. dah buat appointment so xde masalah nk jumpe dgn die.. aku juga turut terserempak dgn lecturer2 lain


secara kebetulan.. Kemudian aku, Adam, Akay dan Hezri pergi ke Taman Maju utk makan pisang goreng dan cendawan goreng panas.. kebetulan pula hujan pada ketika itu yg membuat minum petang kami terasa semakin 'feel'..


Malam pula layan Euphonious, memang Eupho 09 kali ini lebih meriah kerana artis jemputan Bunkface.. then lepak kat mapley Sadiq lagi selepas habis Eupho.. Berkumpul beramai2.. Chunk, kN, Abrak pon ada skali.. Meera pula mengagihkan kad jemputan kahwinnya dgn senyuman.. Tahniah Meera~


And tak lupa juga, hari ini merupakan bday seseorang... :-)



Sabtu, 11 April 2009


Bangun pagi.. mula terasa bosan.. tak tahu nak buat ape.. sib bek ptg itu kami ke Ipoh utk tgk wayang.. Jangan Tegur. Kami tak lama di Ipoh kerana perlu menghadiri majlis makan malam MAKK pada jam 8.00 mlm nanti.. Walaupun nyaris2 melakukan aksi2 stunt berbahaya di tengah jalan raya, kami berjaya sampai ke majlis tepat masanya.. Tema kali ini ialah "Arabian Night".. All the womens at our table look so beautiful that night.. yg lelaki pun ape kurangnya..



Table no 30


From left: Syafiqah, Katy, Belle, Jojo and Naila..

With one of the VIP, En. Md Noor Rosli


Selepas habis dinner, budak2 ni ajak karaoke lg.. Gue xdak hal~ terus layan sampai pagi dan macam biasa.. mapley Sadiq menjadi pit stop sebelum sampai ke UTP.. Main pula kad yg size XL sebesar buku latihan budak sekolah..


Ahad, 12 April 2009

Hari terakhir di UTP..tak byk yg boleh dilakukan kerana hujan.. Niat untuk ke Outdoor Carnival terbantut.. Maaf Belle tak dapat naik Itik Gergasi dgn kau.. Ptgnya berkumpul seketika di V3 sebelum berangkat pulang ke KL dalam jam 7 petang.. Sempat juga merasa Chicken Chop V3..



I really had fun this time.. meet with my friends in UTP.. terasa berat juga hati nak pulang ke KL.. To all yg terlibat terima kasih byk2.. program2 yg telah diatur amat menyeronokkan sekali..

Thank you all~!! till we meet again insya Allah..

Telephonist sambilan..

Minggu ni aku ada kerja sambilan, iaitu jadi telephonist utk company aku neh.. Akak secretary yg jaga telefon ofis neh bercuti seminggu so dia pass suh aku jaga sape2 call company trus direct ke telefon meja aku neh.. "Adeh~ seb bek akak comey", kata hati kecilku..

Seronok gak jawab panggilan telefon ni, mcm2 ragam ada.. Kemudian supervisor aku bagi kerja baru plak dahh.. suh aku buat proposal utk sistem bg company ASCOPE, ASEAN Council On Petroleum.. Aku kene wat sistem proposal utk ASEAN beb!~! haih~!!

Wiken neh aku akan ke Subang rmh sedara aku.. sbb dia nk nikah. Kebetulan adik aku yg blaja kt UEM pon turun KL sama, so peluang terbaik utk aku jumpe ngn adik aku laa.. Adik aku ajak keluar Sunway Pyramid join skali geng2 die.. tp aku tolak sebab segan nk keluar ngn kawan2 dia.. Students A-Level..

Anyway aku amat berterima kasih kt adik aku krn memperkenalkan aku pada seseorg.. Hehehhe.. Next time kalo ade lg tuh jgn segan bagi kt abg neh yer.. :P