Kelantan mencipta sejarah apabila layak ke pentas final untuk kali pertama setelah kemarau 39 tahun untuk beraksi di final FA. Lawan Kelantan bukan calang-calang kerana Selangor adalah sebuah pasukan yang mantap dan berpengalaman beraksi di final selain mempunyai rekod yang baik dalam FA Cup iaitu juara sebanyak 4 kali..
90 minit pertama, kedua-dua pasukan buntu jaringan sehingga mengheret ke masa tambahan. Tatkala Kelantan mendahului pada minit ke 102 dengan jaringan penyerang Norfarhan, Kelantan dilihat bakal menjulang piala FA buat pertama kali tetapi impian itu musnah setelah jaringan penyamaan oleh kapten Selangor, Amri Yahyah.
Akhirnya penalti menjadi penentu dan Kelantan terpaksa akur setelah tewas dalam penentuan sepakan penalti 1-4. Impian segunung berpuluh ribu penyokong Kelantan musnah tetapi penyokong tetap puas dengan persembahan mantap pasukan mereka yang layak buat pertama kali ke pentas final..
Sekilas dari Stadium Bukit Jalil,
30 minit sebelum sepak mula
Sekalipun tewas, aku bangga kerana sudah lama sokongan sebegini tidak diraih dalam arena bola sepak tempatan. Penyokong berduyun-duyun datang membanjiri stadium. Suasana dalam stadium amat meriah sekali. Semoga ini bakal menjadi titik mula kepada kebangkitan bola sepak tempatan dan membuka mata mereka yang masih sayangkan sukan ini..
2 bla bla bla:
April 29, 2009 at 3:59 PM
taun ni kedah bagi laluan pada team lain plak.. slalu hijau kuning saja (kedah, perlis dan perak)
April 30, 2009 at 2:30 PM
selangor rules kan malam tu..hehe :D
Post a Comment