Detik itu telah berlalu kira-kira 15-20 tahun yang lalu namun masih segar dalam ingatan.. Hidup dalam sebuah keluarga yang besar, tatkala ibu menyuap nasi paku yg femes ketika dahulu bersama-sama 3 adik yg lain.. sabar menunggu giliran masing-masing.. Walaupun sebungkus nasi dikongsi namun terasa puas..
Ayah membawa si anak kecil yg berumur 10 tahun membonceng motosikal menyusuri bandar KB.. si anak kecil itu merengek minta dibelikan "hotdog" pabila melintasi gerai burger tepi jalan.. sambil menunggu "hotdog" siap, tangan si kecil tetap erat memeluk ayahnya dari belakang, seperti tidak mahu melepaskannya terus.. tiba di rumah, si kakak pula termakan "hotdog" di atas meja secara tidak sengaja.. apa lagi lantas menjerit si anak kecil menangis, minta dibelikan baru. Ayah tanpa banyak soal terus mendokong si anak kecil membonceng motosikal merentasi kedinginan pekat malam ke mana-mana gerai burger berhampiran.. demi kasih dan sayangnya..
Sekarang perasaan hatiku berbaur dan bercampur aduk.. tatkala melihat photo ini..
Sekarang sebuah keluarga baru telah selamat dibina beralaskan keluarga yg lama itu..
5 bla bla bla:
April 23, 2009 at 11:50 AM
kasih sayang ayah. kita ingat benar ingatan lama tu.
tapi bila remaja kita mula memberontak...sigh
April 24, 2009 at 10:43 AM
memberontak kerana transformasi..
April 25, 2009 at 10:54 PM
err..ble nk tambah lg family ni??
hehe..tuk ding plak~~ =pp
April 27, 2009 at 1:21 PM
alhamdulillah,semakin berkembang keluarga cikgu rahim. moga dilindungi dan dipelihara oleh Allah swt, insha-allah. nnti 15 thn dr skrg, bleh la wat famili reunion,heh
April 28, 2009 at 9:23 AM
kN: at least biarlah dapat anak buah dulu.. hehe..
rukia: thank you~ =)
Post a Comment