kenapa cipp.. kau berucipp.. kenapa cipp.. cipp cipp cipp

Digital Art Competition 2008

Digital Art Competition (DAC) 2008 baru sahaja melabuhkan tirai pada hari Rabu yg lepas. Banyak kenangan suka duka yg dilalui sepanjang penglibatan aku dalam event ni. DAC ini adalah salah satu event di bawah Kelab Media dan Teknologi (MEDTECH).

Roadshow DAC berlangsung sepanjang 2 hari bermula Selasa, 28 Oktober - Rabu, 29 Oktober. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti permainan wii, tayangan movie, tutorial, rubik's dan lain² lagi.


Sehari sebelum event bermula..

Yap playing Wii

Pada hari terakhir, telah diadakan final presentation kepada peserta² yang layak ke final. Kategori yang dipertandingkan adalah Motion Art & Still Art. Seramai 2 orang juri yang hadir menghakimi finale tersebut.

Motion Art Winner, Izdihar. Congratulations!

Selepas majlis penyampaian hadiah yang berakhir sekitar jam 5 ptg, aku mengambil kesempatan untuk melakar potret karikatur. Potret ini dibuat oleh tenaga produksi Keluang Man yang menyertai roadshow. Harga RM10 (black/white) dan RM20 (colour).

"Katon" yg khusyuk melukis..

Hasil karikatur aku yg da siap.. tak nampak macam aku kan?? =P

Selepas tu baru komiti bergotong-royong membersihkan tapak roadshow.. adeh penat la jgk walaupun aku cabut awal dalam pukul 8 malam..



Sekian sahaja untuk kali ini. Salam sayang daripada tenaga komiti DAC, terima kasih kepada semua yg turut menjayakan event ini. Adios!!

3 bla bla bla:

  Faiz Rev

November 1, 2008 at 10:04 AM

x serupo mu la deng

  Anonymous

November 1, 2008 at 10:36 AM

This comment has been removed by a blog administrator.
  kHaiRuLdiN

November 4, 2008 at 11:37 AM

hehe... mmg sebijik x sama kan