kenapa cipp.. kau berucipp.. kenapa cipp.. cipp cipp cipp

Perjalananku...

Perjalananku...

Sabtu lepas aku pulang ke Kota Bharu, saja mahu menjenguk adik-beradik aku kat rumah. Mak dan ayah aku sudah berangkat menunaikan haji sehari sebelum aku pulang. Rasa terkilan sangat kerana aku tiada di samping mak dan ayah aku ketika mereka mahu menaiki pesawat. Almaklum hari Jumaat aku ada 2 test dan satu presentation. Walaupun begitu aku terasa sedikit lega kerana sempat pulang pada cuti Deepavali untuk bertemu mereka.

Kat rumah just duduk lepak² jer, tak pergi mana² pun. Setelkan perkara kat rumah yang belum setel lagi. Then pada hari Isnin aku bertolak pulang ke UTP. Bertolak seawal jam 830 pagi lagi. Pergi isi petrol Shell, dapat beli kereta mainan version "James Bond". Drive keseorangan amat memenatkan. KB-UTP.. ermm about 450+ km kot.. hanya ditemani 12 keping CDs, 2 bungkus roti, sebotol mineral water dan setin Red Bull. Tapi aku dah biasa. Lebih kilometer dengan Shell.. lagi lambat la aku sampai ke destinasi.. lol.

Perjalanan memang tidak membosankan, kerana banyak permandangan indah yang boleh ditemui. Aku paling suka pemandangan di puncak Titiwangsa dan juga kawasan Lenggong, yang dipenuhi tasik². Sekarang Lenggong da ada highway baru so tak banyak pemandangan cantik. Kalau lalu jalan lama memang nice. Kiri kanan tasik.. Memang sesuai untuk budak² kakiphoto ni.. Kemudian singgah isi petrol kat Shell Kuala Kangsar, saje je masuk K.Kangsar nak usha budak² baru balik sekolah.. dapat lagi kereta mainan.. =P

Tiba kat Ipoh jam 130 pm, singgah rumah makcik aku dulu. Padahal singgah sebab nak makan tengah hari je. Lagi pun rumah makcik aku dekat je dengan area Medan Gopeng tu. Sampai je kat rumah, makcik aku tak ada rupanya. Da 3 hari kat KL. Yang ada sepupu aku sorang jer, adoi kelaparan la aku. Lepak kat rumah dia hampir 2 jam..dengan perut yang kosong..aku bergerak ke UTP.. Sampai dalam pukul 4 lebih..

Malam pula melantak kat sitik.. pekena nasik goreng ayam tanam baru terasa lega perut ini.. heh.

Abedaa.. sekian.



Gambar ini adalah hiasan semata-mata. Terpulang kepada anda untuk menilainya.. hehe..

4 bla bla bla:

  limauais

November 6, 2008 at 12:43 AM

mcam kenal jerk gamba budak tuh..
hahaha..

  hazwana

November 6, 2008 at 11:54 AM

gambar masa kecik ye..
malu-malu plak nk ngaku..

  kHaiRuLdiN

November 6, 2008 at 9:06 PM

erk.. segala informasi dirahsiakan..

  aQlili raHim

November 7, 2008 at 2:56 PM

hahaha!
comel gua lg la..