kenapa cipp.. kau berucipp.. kenapa cipp.. cipp cipp cipp

Goodbye UTP~!

Kesedihan memuncak pada hari terakhir..

Hari ini hari terakhir aku di UTP. Aku tak pernah merasakan perasaan sebegini.. kesedihan kerana terpaksa berpisah dari rakan-rakan. Dan juga permulaan baru dari kehidupan seorang pelajar kepada kehidupan yg bekerjaya.. Sesungguhnya tidak dinafikan kehidupan ketika di universiti amat menyeronokkan.. tak mungkin masa itu akan kembali lagi..

Bermula di old V5 (V6) tanpa sebarang jaringan network sehingga memaksa pelajar² sendiri menjanakan network walaupun tanpa internet.. kemudian V2, mulai mengenali internet dan mIRC. Akaun YM diwujudkan.. download dari mIRC..

Kemudia era new V5, semakin kehadapan.. mengenali mIRC membuatku ramai berkawan. Daripada #baqbaq, kepada mewujudkan radio LAN sendiri... Baqbaq.FM (aku sendiri DJ utamanya) dan kepada mengenali dunia #helloproject.

Selepas itu.. mewujudkan #soccerpulse yang hanya bertahan sekitar setahun sahaja.. kerana kewujudan DC++ membuatkan lebih ramai student beralih kpd DC++. Dan kemudian #natto yg aku join secara x sengaja.. dan lastly #july06.

To all ma frens.. yg kebanyakannya drpd cenel² tersebut.. aku amat berbesar hati krn mengambil kamu semua sbg teman aku. Dan di kesempatan ini.. aku ingin berterima kasih kpd semua kawan², lecturer² dan kakitangan staff UTP. Sehingga kita bertemu kembali.. insyaAllah..

Assalamualaikum..

This sem.. abedaa~

Menulis "D.E.N.G" di udara~ (credit to aalim)

Salam kpd semua pengikut setia blog abedaa ini. Aku nak minta maaf kerana amat sibuk dengan exam kebelakangan ini.. Setelah semuanya berakhir, barulah aku berpeluang menjenguk blog aku ini kembali..

Pertama, lepas jer exam Khamis malam tu aku dan rakan² (Pojat, Mawi, Jali, Lida, CheDya, CheKud, Amal n Sumai) makan besar kat McDonalds Medan Gopeng.. then keesokan harinya (Jumaat) pula aku join dak² #july06 berhibur di Ipoh. Dari men boling, menonton Madagascar yg lucu bakk sehinggalah lepak makan Char Kue Tiaw di Medan MPI (Majlis Perbandaran Ipoh).

Sabtu? aku just lepak kat UTP jer.. walaupun Yap, Teng, Lida n Ana ajak pergi Ipoh untuk menonton gig dkt² area Tambun nun.. dah le ketika tu aku terasa kurang enak badan.. tetapi rezeki terpijak kerana malamnya ex-schoolmate aku mahu belanja makan kat medan ikan bakar di Telok Muroh, Lumut. Terus je rasa segar badan ni.. Thanks Mimie~

Ahad?? Ahad malam p Ipoh lg.. Lepas singgah amek buku Accounting adik aku kat rumah sedara.. then pegi men boling lg.. sbb tatau nk buat ape kt Ipoh.. Aku just let Yap drive kete aku kerana antara ramai², Yap adalah seorang pengguna jalan raya yg paling prihatin. Walaupun dia disergah oleh pakcik tua yg hampir dilanggarnya kat Stesen Shell, namun itu sedikit pun tidak menjejaskan fokus Yap.. Peace Yap!! Malam tu juga first time aku lihat CheKud dan Lida men boling.. mmg power..walaupun tak habis² diorg diusik oleh Teng yg Kachak (kacak ker??)

Isnin?? Yap, Teng, CheKud n Lida pegi KL.. tinggal lah aku kesorangan ditemani Kitty~ Jadi aku kat bilik jer men gem ngn Kitty.. takde diorg memang kebosanan.. Sib bek petang tu aku join piknik budak² #natto (dikepalai oleh kN) dekat air tejon Kuala Woh, Tapah.. Agak jauh juga perjalanannya.. Ketika pulang kitorg singgah kat Mi Rebus Tapah. Kebetulan.. ketika tu Astro buat shooting kt kedai tu. Punyalah geng² kitorg ni jadi tumpuan lensa.. chewaaHh~! So jgn lupa saksikan Warung Kita di saluran 105 Astro Prima!!

BBQ time~!!


Bergambar bersama hos Warung Kita, Azrul 'Cham' (Raja Lawak 2)

Itu je yang dapat aku kongsi bersama anda semua untuk kali ini.. erm.. aku just tinggal beberapa hari jer lagi kat UTP. And I gonna miss everybody so damn muchh!!! Walaupun banyak perkara duka sepanjang pengajian, tp pengalaman manis itu menenggelamkan kedukaan itu.. Nantikan tribute aku untuk semua warga UTP pada blog yang akan datang..

Jejaka JogJa..ngeh..ngeh

Adios.. Chacha~

Akhirnya muncul jua...

Hari yang tidak dinantikan, akhirnya menjelma kembali.. EXAM WEEK. Study week pon aku still banyak lagi kerja yang belum disetelkan, dengan bermacam-macam test, assignments and projects presentation.. segalanya hanya tamat pada hari terakhir minggu study week. So, I just have 2 more days before my final exam.

Sedang asyik melayari internet untuk cek timetable exam, aku terpandang layout website UTP. Ade terselit lagi gambar aku bersama Tun Dr. Mahathir yang diambil pada tahun lepas. Tapi just muka aku je nampak.. macam entiti pon ade..

Berjaya mencelah!!~

Sakses!! Haha

Sebut jer exam, mnemang aku takut.. Aku harap this will be my last exam here in UTP. Hopefully I will pass all the subjects taken la.. Rasanya semua yg final sem kat UTP dan yg dah nak grad ramai berharap agar sekadar lulus dalam exam terakhir mereka termasuk juga aku..

Dan dikesempatan ini.. aku ingin memohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran antara sedar atau tidak.. dan doakan semoga aku dapat menjalani minggu-minggu ini tanpa sebarang masalah.. dan sentiasa diberi kesihatan yang sempurna.. Amin..

Perjalananku...

Perjalananku...

Sabtu lepas aku pulang ke Kota Bharu, saja mahu menjenguk adik-beradik aku kat rumah. Mak dan ayah aku sudah berangkat menunaikan haji sehari sebelum aku pulang. Rasa terkilan sangat kerana aku tiada di samping mak dan ayah aku ketika mereka mahu menaiki pesawat. Almaklum hari Jumaat aku ada 2 test dan satu presentation. Walaupun begitu aku terasa sedikit lega kerana sempat pulang pada cuti Deepavali untuk bertemu mereka.

Kat rumah just duduk lepak² jer, tak pergi mana² pun. Setelkan perkara kat rumah yang belum setel lagi. Then pada hari Isnin aku bertolak pulang ke UTP. Bertolak seawal jam 830 pagi lagi. Pergi isi petrol Shell, dapat beli kereta mainan version "James Bond". Drive keseorangan amat memenatkan. KB-UTP.. ermm about 450+ km kot.. hanya ditemani 12 keping CDs, 2 bungkus roti, sebotol mineral water dan setin Red Bull. Tapi aku dah biasa. Lebih kilometer dengan Shell.. lagi lambat la aku sampai ke destinasi.. lol.

Perjalanan memang tidak membosankan, kerana banyak permandangan indah yang boleh ditemui. Aku paling suka pemandangan di puncak Titiwangsa dan juga kawasan Lenggong, yang dipenuhi tasik². Sekarang Lenggong da ada highway baru so tak banyak pemandangan cantik. Kalau lalu jalan lama memang nice. Kiri kanan tasik.. Memang sesuai untuk budak² kakiphoto ni.. Kemudian singgah isi petrol kat Shell Kuala Kangsar, saje je masuk K.Kangsar nak usha budak² baru balik sekolah.. dapat lagi kereta mainan.. =P

Tiba kat Ipoh jam 130 pm, singgah rumah makcik aku dulu. Padahal singgah sebab nak makan tengah hari je. Lagi pun rumah makcik aku dekat je dengan area Medan Gopeng tu. Sampai je kat rumah, makcik aku tak ada rupanya. Da 3 hari kat KL. Yang ada sepupu aku sorang jer, adoi kelaparan la aku. Lepak kat rumah dia hampir 2 jam..dengan perut yang kosong..aku bergerak ke UTP.. Sampai dalam pukul 4 lebih..

Malam pula melantak kat sitik.. pekena nasik goreng ayam tanam baru terasa lega perut ini.. heh.

Abedaa.. sekian.



Gambar ini adalah hiasan semata-mata. Terpulang kepada anda untuk menilainya.. hehe..

Digital Art Competition 2008

Digital Art Competition (DAC) 2008 baru sahaja melabuhkan tirai pada hari Rabu yg lepas. Banyak kenangan suka duka yg dilalui sepanjang penglibatan aku dalam event ni. DAC ini adalah salah satu event di bawah Kelab Media dan Teknologi (MEDTECH).

Roadshow DAC berlangsung sepanjang 2 hari bermula Selasa, 28 Oktober - Rabu, 29 Oktober. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti permainan wii, tayangan movie, tutorial, rubik's dan lain² lagi.


Sehari sebelum event bermula..

Yap playing Wii

Pada hari terakhir, telah diadakan final presentation kepada peserta² yang layak ke final. Kategori yang dipertandingkan adalah Motion Art & Still Art. Seramai 2 orang juri yang hadir menghakimi finale tersebut.

Motion Art Winner, Izdihar. Congratulations!

Selepas majlis penyampaian hadiah yang berakhir sekitar jam 5 ptg, aku mengambil kesempatan untuk melakar potret karikatur. Potret ini dibuat oleh tenaga produksi Keluang Man yang menyertai roadshow. Harga RM10 (black/white) dan RM20 (colour).

"Katon" yg khusyuk melukis..

Hasil karikatur aku yg da siap.. tak nampak macam aku kan?? =P

Selepas tu baru komiti bergotong-royong membersihkan tapak roadshow.. adeh penat la jgk walaupun aku cabut awal dalam pukul 8 malam..



Sekian sahaja untuk kali ini. Salam sayang daripada tenaga komiti DAC, terima kasih kepada semua yg turut menjayakan event ini. Adios!!