kenapa cipp.. kau berucipp.. kenapa cipp.. cipp cipp cipp

Wel Dan!!!

~spirit~
I'm back!! erm.. rasa lebih segar dari sebelumnya.. Maklumlah kebetulan pula tahun baru Hijrah dan new year dekat2, so aku amek peluang ini untuk berazam ke arah yg lebih baik.. Hijrah ke arah kebaikan.. Dan berlabuhnya tahun 2008 ini dgn sejuta pengertian dan kenangan.. Semoga tahun baru 1430H dan juga tahun 2009 membawa lebih keberkatan dalam hidupku ini.. Amin..

Seminggu aku menghilang..sebenarnya aku tidak kemana-mana. Aku cuma pulang ke kampung halaman untuk mencari kedamaian disitu.. Ternyata aku benar.. Jika kita sudah hilang arah, percayalah bahawa tempat yg terbaik adalah tanah kelahiran asal usul kita.. tempat yg paling baik utk mencari identiti dan jati diri.. Wahh!!
Beberapa hari lepas aku berjalan-jalan di sopim mol kt KB, niat utk mencari kemeja opis selai dua.. Tapi dek kerana sale yg kaw2 aku terbeli 5 helai.. Meriah tul kemeja opis aku neh..mcm kaler ader.. Then ketika aku mau melangkah keluar dari sopim mol, aku terkedu sebentar melihat dua pengawal yg bertugas mengawal pintu keluar masuk..
Salah satunya aku minat dari zaman aku kanak-kanak lagi.. Rupanya mmg cool tak macam yg satu lg muka kerek nampak ganas.. And then aku pun da tak tertahan lagi, terus jer mengambil gambar-gambar beliau berdua..


Encik Predator ~my idol~

Encik Alien

Paling cool lagi.. kedua2 Encik Predator dan Encik Alien ini diperbuat dari besi2 terpakai.. Mcm spare part motor, ekzos, karburetor, besi dan rantai buruk.. Cool kan??

Kami tak HOT, kami COOL..



Terasing..


Kenapa hidup ini tidak semudah yg disangkakan?
Kenapa hidup ini tidak seindah yg diimpikan?

Memang jelas hidup ini amat payah dan getir, cuma berbeza pada pandangan penilainya.. Tiada yg mudah, nak makan nasi pun payah jika dinilai dari pandangan bayi.. Cuma akan menjadi mudah selepas melaluinya beberapa kali.. dan itulah yg dipanggil pengalaman.. Guru yg terbaik yg pernah ada..

Aku akan membawa diri selama beberapa hari nanti.. Aku juga memerlukan masa dan waktu utk mengembalikan jati diri.. Mencari identiti diri dan jawapan yg boleh ku cari dari alam ciptaan Tuhan.. Kerana bagiku melaluinya sekali adalah payah, dan hidup ini cuma sekali..sbb itu hidup ini bukan mudah seperti yg diimpikan..
Oh Tuhan di depan ujianMu..
Terasa diri ini memerlukanMu..
Ku harap Kau lindungi hamba yg lemah ini..
Oh Tuhan Engkau Pengasih Maha Pengampun..

kN dengan blog barunye..

Selamat datang kN ke dunia blogspot.. satu pembaharuan yg sejajar dgn tahun baru yg bakal tiba tak lama lagi.. kN is one of my best friends in UTP.. Sesiapa yg mahu menjenguk laman blog beliau bolehlah ke sini.

Today, genap seminggu aku melayan perasaan yg ntah apa2 nih.. Well thats life, ada pahit dan manisnya.. Lifes goes on.. buku lama tutup bukak buku baru.. buang yg keruh ambil yg jernih.. turn into a new leaf.. lagi ape lagi ek bidalan yg sesuai neh??

Ntah kenape aku rasa marah tetiba.. mungkinkah ini dendam?? Aku rasa cam dipermainkan plak.. Tp biasalah, aku kalau nak marah ke nak ape ke as usuall.. aku pendam dulu.. Tapi karang kalo meletup aku tak tau..

OK.. sambung kerja..

Answer is Jawapan


Puas hati dan lega.. itu yg mampu aku ucapkan.. walaupun jawapan yg diterima pahit dan menyeksakan.. tp harus ditelan jua.. Kerana keputusan itu harus dihormati dan diterima setulusnya..

And now.. I feel more strong than before.. I am a new me.. Byk yg telah aku pelajari daripada apa yg telah terjadi.. Sekarang.. aku rasa lebih segar ibarat rama-rama yg baru keluar dari kepompongnya.. Rama-rama yg baru memulakan kehidupannya.. mencari bunga utk menikmati sari madunya.. Itulah aku, mencari kebahagiaan dalam hidup ini..

Aku terima apa yg sudah terjadi seadanya.. dan saki baki yg masih ada dlm hati ini akan tetap disimpan dan dikenang selamanya.. dan tak mungkin akan padam.. kerana ku tahu rasa ini adalah tulus.. biarkan aku menjaganya.. dgn harapan akan berlaku keajaiban suatu masa nanti..

ps: jiwang lebih sket arinih.. hehe..

Selamat Ulang Tahun Mama


Hari ini 21 Disember.. ulang tahun kelahiran mama..
Semalam aku call mama.. wish her Happy Birthday.. jelas kedengaran suara yg penuh kegembiraan.. n then die tnya aku ape birhday present utk die?? Then I said..
Aku akan selalu doakan kesihatan dan kesejahteraan. Aku akan selalu membuat mama gembira dan tak mungkin aku akan melukai hati mama. Aku akan selalu membahagiakan mama..
Apabila aku pandang muka mama, aku sebak.. muka itu sudah berumur 52 tahun.. begitu banyak yg telah mama lalui..
Selamat Ulang Tahun Mama..

Hari yg tak mungkin dilupakan..


Semenjak dua nih aku terlalu asyik mendengar lagu Samsons - Tak Bisa Memiliki.. layan sorg2 sbb aku rasa lagu tuh amat kena dgn jiwa aku skarang neh.. here i post the lyric..

apakah yg engkau cari
tak kau temukan di hatiku
apakah yg engkau inginkan
tak dapat lagi kupenuhi
begitulah aku fahamilah aku

mungkin aku tidaklah sempurna
tetapi hatiku memilikimu sepanjang umurku
mungkin aku tak bisa memiliki
dirimu seumur hidupku

apakah yg engkau cari
tak kau temukan di hatiku
apakah yg engkau inginkan
tak dapat lagi kupenuhi
begitulah aku fahamilah aku..

mungkin aku tidaklah sempurna
tetapi hatiku memilikimu sepanjang umurku
mungkin aku tak bisa memiliki
dirimu seumur hidupku
mungkin aku tidaklah sempurna

tetapi hatiku memilikimu sepanjang umurku
mungkin aku tak bisa memiliki
dirimu seumur hidupku

And this wiken, here I am in UTP.. mengejar sesuatu yg tak mungkin dpt aku lepaskan.. kejadian yg da berlaku buat aku rasa ianya begitu penting bgku..dan tak mungkin aku tangguhkan lagi..

Thanx for all yg da bg sapot moral.. and also nasihat yg bergune.. Skang aku betul2 da lega.. n i will go back to KL dgn seribu harapan..

Aku harap.. walau ape pon keputusannya.. aku akan terima dgn hati yg tabah.. coz i know that whatever happens have their own reason..

Practical in ASCOPE

Ohaiyou!!~ sudah lama aku tidak menjenguk laman blog aku sendiri. Terima kasih kepada saudara Yap yg dah mengingatkan aku yg rupanya aku ada blog.. Orait!~ Untuk kali ini aku nak bercerita tentang kehidupan aku yg baru di tempat kerja yg baru..

Sekarang aku sudah memulakan latihan praktikal di ASCOPE Gas Centre (AGC), salah satu company berpengkalan di PRSS, Bangi. Kalau nak tau berkenaan AGC, klik sini http://www.ascopegas.com.my/ . Jemputlah mai nih kat bawah aku sertakan map dier..



Pejam celik pejam celik da 3 minggu aku kat sini.. Kerjanya mudah, masuk men YM n Gtalk then kol 5 balik. Haha as simple as that. Tapi tu untuk 1st week jer. Sekarang aku da banyak kerja tp tak mengapa sebab kerja kat sini takdelah tensen sgt. Masuk kerja pon tak ikut masa. Biasa aku masuk opis kol 9 pagi balik kol 5 ptg.

Kerja aku kat sini dalam Knowledge Management (KM) dibawah penyeliaan sv aku En. Salim. En Salim ni memang nice orgnyer.. Selain itu big bos aku org Australia, Dr Allen, semuanya dalam 9 org je kat opis nih.. tak ramai sbb company kecik jer.. Aku ditugaskan utk maintain web page AGC yg baru dan akan dilancarkan akhir Januari nanti. Memang sekarang baru byk kerja sikit. Tp ade masa lg nk men tenet.


Pintu masuk ke opis..


Erm.. ape lagi yg nk di beritahu.. Itu jer kot.. Adios!~

Goodbye UTP~!

Kesedihan memuncak pada hari terakhir..

Hari ini hari terakhir aku di UTP. Aku tak pernah merasakan perasaan sebegini.. kesedihan kerana terpaksa berpisah dari rakan-rakan. Dan juga permulaan baru dari kehidupan seorang pelajar kepada kehidupan yg bekerjaya.. Sesungguhnya tidak dinafikan kehidupan ketika di universiti amat menyeronokkan.. tak mungkin masa itu akan kembali lagi..

Bermula di old V5 (V6) tanpa sebarang jaringan network sehingga memaksa pelajar² sendiri menjanakan network walaupun tanpa internet.. kemudian V2, mulai mengenali internet dan mIRC. Akaun YM diwujudkan.. download dari mIRC..

Kemudia era new V5, semakin kehadapan.. mengenali mIRC membuatku ramai berkawan. Daripada #baqbaq, kepada mewujudkan radio LAN sendiri... Baqbaq.FM (aku sendiri DJ utamanya) dan kepada mengenali dunia #helloproject.

Selepas itu.. mewujudkan #soccerpulse yang hanya bertahan sekitar setahun sahaja.. kerana kewujudan DC++ membuatkan lebih ramai student beralih kpd DC++. Dan kemudian #natto yg aku join secara x sengaja.. dan lastly #july06.

To all ma frens.. yg kebanyakannya drpd cenel² tersebut.. aku amat berbesar hati krn mengambil kamu semua sbg teman aku. Dan di kesempatan ini.. aku ingin berterima kasih kpd semua kawan², lecturer² dan kakitangan staff UTP. Sehingga kita bertemu kembali.. insyaAllah..

Assalamualaikum..

This sem.. abedaa~

Menulis "D.E.N.G" di udara~ (credit to aalim)

Salam kpd semua pengikut setia blog abedaa ini. Aku nak minta maaf kerana amat sibuk dengan exam kebelakangan ini.. Setelah semuanya berakhir, barulah aku berpeluang menjenguk blog aku ini kembali..

Pertama, lepas jer exam Khamis malam tu aku dan rakan² (Pojat, Mawi, Jali, Lida, CheDya, CheKud, Amal n Sumai) makan besar kat McDonalds Medan Gopeng.. then keesokan harinya (Jumaat) pula aku join dak² #july06 berhibur di Ipoh. Dari men boling, menonton Madagascar yg lucu bakk sehinggalah lepak makan Char Kue Tiaw di Medan MPI (Majlis Perbandaran Ipoh).

Sabtu? aku just lepak kat UTP jer.. walaupun Yap, Teng, Lida n Ana ajak pergi Ipoh untuk menonton gig dkt² area Tambun nun.. dah le ketika tu aku terasa kurang enak badan.. tetapi rezeki terpijak kerana malamnya ex-schoolmate aku mahu belanja makan kat medan ikan bakar di Telok Muroh, Lumut. Terus je rasa segar badan ni.. Thanks Mimie~

Ahad?? Ahad malam p Ipoh lg.. Lepas singgah amek buku Accounting adik aku kat rumah sedara.. then pegi men boling lg.. sbb tatau nk buat ape kt Ipoh.. Aku just let Yap drive kete aku kerana antara ramai², Yap adalah seorang pengguna jalan raya yg paling prihatin. Walaupun dia disergah oleh pakcik tua yg hampir dilanggarnya kat Stesen Shell, namun itu sedikit pun tidak menjejaskan fokus Yap.. Peace Yap!! Malam tu juga first time aku lihat CheKud dan Lida men boling.. mmg power..walaupun tak habis² diorg diusik oleh Teng yg Kachak (kacak ker??)

Isnin?? Yap, Teng, CheKud n Lida pegi KL.. tinggal lah aku kesorangan ditemani Kitty~ Jadi aku kat bilik jer men gem ngn Kitty.. takde diorg memang kebosanan.. Sib bek petang tu aku join piknik budak² #natto (dikepalai oleh kN) dekat air tejon Kuala Woh, Tapah.. Agak jauh juga perjalanannya.. Ketika pulang kitorg singgah kat Mi Rebus Tapah. Kebetulan.. ketika tu Astro buat shooting kt kedai tu. Punyalah geng² kitorg ni jadi tumpuan lensa.. chewaaHh~! So jgn lupa saksikan Warung Kita di saluran 105 Astro Prima!!

BBQ time~!!


Bergambar bersama hos Warung Kita, Azrul 'Cham' (Raja Lawak 2)

Itu je yang dapat aku kongsi bersama anda semua untuk kali ini.. erm.. aku just tinggal beberapa hari jer lagi kat UTP. And I gonna miss everybody so damn muchh!!! Walaupun banyak perkara duka sepanjang pengajian, tp pengalaman manis itu menenggelamkan kedukaan itu.. Nantikan tribute aku untuk semua warga UTP pada blog yang akan datang..

Jejaka JogJa..ngeh..ngeh

Adios.. Chacha~

Akhirnya muncul jua...

Hari yang tidak dinantikan, akhirnya menjelma kembali.. EXAM WEEK. Study week pon aku still banyak lagi kerja yang belum disetelkan, dengan bermacam-macam test, assignments and projects presentation.. segalanya hanya tamat pada hari terakhir minggu study week. So, I just have 2 more days before my final exam.

Sedang asyik melayari internet untuk cek timetable exam, aku terpandang layout website UTP. Ade terselit lagi gambar aku bersama Tun Dr. Mahathir yang diambil pada tahun lepas. Tapi just muka aku je nampak.. macam entiti pon ade..

Berjaya mencelah!!~

Sakses!! Haha

Sebut jer exam, mnemang aku takut.. Aku harap this will be my last exam here in UTP. Hopefully I will pass all the subjects taken la.. Rasanya semua yg final sem kat UTP dan yg dah nak grad ramai berharap agar sekadar lulus dalam exam terakhir mereka termasuk juga aku..

Dan dikesempatan ini.. aku ingin memohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran antara sedar atau tidak.. dan doakan semoga aku dapat menjalani minggu-minggu ini tanpa sebarang masalah.. dan sentiasa diberi kesihatan yang sempurna.. Amin..

Perjalananku...

Perjalananku...

Sabtu lepas aku pulang ke Kota Bharu, saja mahu menjenguk adik-beradik aku kat rumah. Mak dan ayah aku sudah berangkat menunaikan haji sehari sebelum aku pulang. Rasa terkilan sangat kerana aku tiada di samping mak dan ayah aku ketika mereka mahu menaiki pesawat. Almaklum hari Jumaat aku ada 2 test dan satu presentation. Walaupun begitu aku terasa sedikit lega kerana sempat pulang pada cuti Deepavali untuk bertemu mereka.

Kat rumah just duduk lepak² jer, tak pergi mana² pun. Setelkan perkara kat rumah yang belum setel lagi. Then pada hari Isnin aku bertolak pulang ke UTP. Bertolak seawal jam 830 pagi lagi. Pergi isi petrol Shell, dapat beli kereta mainan version "James Bond". Drive keseorangan amat memenatkan. KB-UTP.. ermm about 450+ km kot.. hanya ditemani 12 keping CDs, 2 bungkus roti, sebotol mineral water dan setin Red Bull. Tapi aku dah biasa. Lebih kilometer dengan Shell.. lagi lambat la aku sampai ke destinasi.. lol.

Perjalanan memang tidak membosankan, kerana banyak permandangan indah yang boleh ditemui. Aku paling suka pemandangan di puncak Titiwangsa dan juga kawasan Lenggong, yang dipenuhi tasik². Sekarang Lenggong da ada highway baru so tak banyak pemandangan cantik. Kalau lalu jalan lama memang nice. Kiri kanan tasik.. Memang sesuai untuk budak² kakiphoto ni.. Kemudian singgah isi petrol kat Shell Kuala Kangsar, saje je masuk K.Kangsar nak usha budak² baru balik sekolah.. dapat lagi kereta mainan.. =P

Tiba kat Ipoh jam 130 pm, singgah rumah makcik aku dulu. Padahal singgah sebab nak makan tengah hari je. Lagi pun rumah makcik aku dekat je dengan area Medan Gopeng tu. Sampai je kat rumah, makcik aku tak ada rupanya. Da 3 hari kat KL. Yang ada sepupu aku sorang jer, adoi kelaparan la aku. Lepak kat rumah dia hampir 2 jam..dengan perut yang kosong..aku bergerak ke UTP.. Sampai dalam pukul 4 lebih..

Malam pula melantak kat sitik.. pekena nasik goreng ayam tanam baru terasa lega perut ini.. heh.

Abedaa.. sekian.



Gambar ini adalah hiasan semata-mata. Terpulang kepada anda untuk menilainya.. hehe..

Digital Art Competition 2008

Digital Art Competition (DAC) 2008 baru sahaja melabuhkan tirai pada hari Rabu yg lepas. Banyak kenangan suka duka yg dilalui sepanjang penglibatan aku dalam event ni. DAC ini adalah salah satu event di bawah Kelab Media dan Teknologi (MEDTECH).

Roadshow DAC berlangsung sepanjang 2 hari bermula Selasa, 28 Oktober - Rabu, 29 Oktober. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti permainan wii, tayangan movie, tutorial, rubik's dan lain² lagi.


Sehari sebelum event bermula..

Yap playing Wii

Pada hari terakhir, telah diadakan final presentation kepada peserta² yang layak ke final. Kategori yang dipertandingkan adalah Motion Art & Still Art. Seramai 2 orang juri yang hadir menghakimi finale tersebut.

Motion Art Winner, Izdihar. Congratulations!

Selepas majlis penyampaian hadiah yang berakhir sekitar jam 5 ptg, aku mengambil kesempatan untuk melakar potret karikatur. Potret ini dibuat oleh tenaga produksi Keluang Man yang menyertai roadshow. Harga RM10 (black/white) dan RM20 (colour).

"Katon" yg khusyuk melukis..

Hasil karikatur aku yg da siap.. tak nampak macam aku kan?? =P

Selepas tu baru komiti bergotong-royong membersihkan tapak roadshow.. adeh penat la jgk walaupun aku cabut awal dalam pukul 8 malam..



Sekian sahaja untuk kali ini. Salam sayang daripada tenaga komiti DAC, terima kasih kepada semua yg turut menjayakan event ini. Adios!!

Dolah Dalam Dilema (3D) Contest

Scene 1
Time: 730 am
Place: Bilik Dolah

Pada suatu pagi, Dolah dikejutkan dengan panggilan telefon dari ibunya. Untuk pengetahuan semua, ibu dan bapa Dolah bakal berangkat untuk menunaikan Haji pada tahun ini. Ibu Dolah memberitahu jadual keberangkatan dipercepatkan dari 15 November kepada 31 Oktober. Ibunya bertanya bolehkah Dolah pulang pada tarikh itu. Dolah sedar bahawa dia masih punya kelas pada 31 Okt itu. Hari itu merupakan hari terakhir kelas diadakan.

Dolah menyelak jadual.. Oh, Dolah masih punya peluang untuk pulang ke kampung iaitu ketika cuti Deepavali. Dijangkakan cuti itu selama 3 hari (25-27 Oct) iaitu pada hari minggu ini. Dolah harus cepat bertindak...tetapi Dolah dalam dilema. Kerana dia sedar selepas cuti Deepavali, dia punya kesuntukan masa untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan. Hendak dibawa tugasan-tugasan itu ke kampung, kampungnya tiada kemudahan yang mencukupi. Lagi pula Dolah cuma ada PC dan bukannya laptop MAC yang boleh dibawa ke sana ke mari. Minggu selepas cuti Deepavali ialah minggu terakhir kuliah sebelum Study Week.

Berbalik kepada hari keberangkatan ke Mekah. Dijangkakan berlepas dari airport di KL pada pagi hari Jumaat 31 Okt 08. Dolah masih punya sesi lab pada hari itu (mungkin juga tiada kerana minggu terakhir kuliah). Salah satu sesi lab itu pula akan diadakan sesi presentation. Sebenarnya untuk presentation itu cuma diadakan demo sistem yang sudah di develop oleh Dolah. Mungkin jua 2 group member yang lain boleh handle.. Dolah bermonolog sendirian sambil makan maruku.

Sekarang Dolah dalam dilema. Apa perlu Dolah pulang menjelang Deepavali ini? Atau Dolah hanya perlu ke KL untuk sama-sama hadir di airport ketika keberangkatan? atau pun Dolah perlu melakukan kedua-duanya sekali? Dolah Dalam Dilema... Sebarang komen, cadangan atau penyelesaian kepada masalah amat diperlukan.. TQ.

(Nama watak adalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan Dolah yang lain)

Tarikh tutup penyertaan: Weekend sebelum Deepavali

Tertakluk kepada terma dan syarat.

Anda mau lebih mengenali Dolah?

Klik disini atau sini. Sini pon boleh gak..

Medtech Raya Fiesta

MEDTECH Raya Fiesta 08
Date: Sat, 18 October 2008
Venue: In 2 Eat Cafe, Pocket D

Medtech telah menganjurkan satu rumah terbuka semalam. Majlis diadakan dari jam 10 pagi hingga 2 ptg. Ramai yang hadir antaranya ahli-ahli Medtech sendiri dan juga bukan ahli.

Aku bangun pagi..check PC jap.. carik Yap.. adeh rupenye dia da gerak ke Pejabat Pos untuk renew road tax dia. Arghh!! aku terlambat 3-4 minit jer.. sbb da janji nak gerak skali. Dah la ramai hosmet aku tengah prepare untuk test Malaysian Studies pagi tu. Tinggallah aku kesorangan...

Aku pergi ke majlis dah agak lewat.. around 11am. Tapi masa tu tengah ucapan lagi. Aku tiba tak sampai 10 minit jer, da boleh menjamu selera. Antara hidangan pada hari itu ialah nasi impit, laksa, kuah kacang, rendang ayam, lontong, karipap, donut, tembikai dan juga air oren. Bayaran dikenakan RM5. Apa lagi aku pon try semua jenis makanan..pastuh tak cukup tambah dengan meratah rendang ayam tu 3-4 ketul.. burppp..abedaa..

usha makanan meja orang lain..

Selama sesi makan-makan, tetamu dihidangkan dengan persembahan dari ahli Medtech sendiri. Ada lakonan, karaoke dan pantomime..kemudian ucapan-ucapan selamat hari raya dari ahli-ahli Medtech..

Sesi fotografi

Kemeriahan jelas terasa..


EDX 22

Engineering Design Exhibition (EDX22)
Date: 15-16 October 2008

Venue: Chancellor Complex




EDX (Engineering Design Exhibition) yang ke-22 baru je berlangsung dengan jayanya selama 2 hari dari 15-16 Oktober. EDX kali ini amat bermakna kerana Tun Dr. Mahathir Mohamad sudi melawat pameran setelah selesai memberi ceramah bertajuk " National Identity & Power Sharing" di Chanselor Hall.


Nice pic.. taken by Yap

Smile Tun in front of me..

Adam berjaya bergambar bersama Tun.. sakses!!

Selain kedatangan Tun, dikesempatan ini jugak aku ingin mengucapkan tahniah kepada Hezri kerana berjaya memenangi Gold Medal Award untuk Open Category. Projeknya yang bertajuk "Role Playing Game Based Learning" juga mendapat pujian daripada pelawat yang datang berkunjung. Sebenarnya projek Hezri tidak akan berjaya ke tahap itu tanpa usaha 3 orang kuat, iaitu Iz, Mejey dan aku sendiri. So we just make our best to join EDX as a team. A group enter EDX in Open Category. Memang berbaloi sebab banyak ranjau dan rintangan yang harus diharungi. Hari pertama lagi sudah diuji dengan kejatuhan monitor LCD Samsung 22" di tapak pameran. Nasib baik LCD tidak rosak walaupun ade sedikit calar-balar. Maklumlah, produk Samsung Syncmaster (promo sket)... Berita LCD jatuh itu amat cepat tersebar di kalangan warga UTP.

Orang kuat disebalik tabir.. me, Hez, Iz n Mejey.

Monitor ini lah yang telah ditimpa malang..

Test dengar suara sendiri.. Me as Sound Engineer..

After won the medal... Hez pon dengan rela hati mau open tebel dgn belanje kitorg beramai-ramai.. takpelaa rezeki jgn ditolak bak kata orang.. lalu kami ke Restoran Sri Selatan (femesly known as segitiga) untuk makannggg!!!

-Meeting after EDX -


kekenyangan..

Budak-budak sekolah dengan Robocon.. muda-muda lg tuu..

muke slamber Pojey..

Ok la guys, sampai di sini shj.. Hope to see u all again.. ttataaa~

Rubik

Pengenalan tentang Rubik, Rubik merupakan satu alat permainan teka-teki mekanik yang dicipta pada tahun 1974 oleh Erno Rubik dari Hungary. Dipercayai Encik Rubik sendiri tidak dapat menyelesaikan permainan rekaannya pada asalnya tetapi berjaya diselesaikan oleh orang lain. Ada banyak jenis rubik, antaranya 2x2, 3x3, 4x4, dan 5x5. Sekarang terdapat syarikat yang mencipta 11x11 rubik yang boleh dimainkan dengan pantas.

Antara jenis-jenis Rubik di pasaran. Dapatkan yang asli hanya di pengedar sah, Toys'R'Us.

Aku mula menceburi bidang Rubik ini sejak Februari 2008 dimana aku tertarik melihat kecekapan saudara Hanaffi Salleh menyelesaikannya. Setelah itu baru aku sedar bahawa terdapat ramai lagi yang berbakat dalam Rubik ini. Antaranya Adam, Rumi, Yob, Akay, Caah dll. Aku berjaya mempelajari kaedah penyelesaian 3x3 dalam masa 3 hari dibawah tunjuk ajar Hanaffi. Kemudian aku pergi lebih jauh lagi dengan mempelajari 2x2, 4x4 dan 5x5. Tetapi aku hanya pakar dalam menyelesaikan 2x2 dan 3x3 sahaja. Catatan peribadi aku adalah 2 minit 05 saat. Aku juga mempunyai beberapa orang pelajar yang menuntut daripada aku. Terdiri daripada teman, keluarga dan juga komiti DAC sendiri.

Sesi menyelesaikan Rubik sehingga menjadi betul-betul kucar-kacir

Sesi PnP (Pengajaran & Pembelajaran)

Gambar-gambar di atas diambil ketika Pesta Konvofair pada Ogos lalu. Rupanya terdapat ramai yang berminat untuk mencuba dan mempelajari teknik-teknik penyelesaian Rubik. Sebenarnya tidak susah untuk menyelesaikannya, asal punya kesabaran dan latihan. Sekiranya anda berminat untuk mempelajari Rubik dan mempunyai sebarang pertanyaan, sila kemukakan pertanyaan anda di kaunter pertanyaan yang terdekat. Siapa tahu anda mungkin mereka yang bertuah selepas ini? Renung-renungkan dan selamat beramal!~

Tanganku yang ligat bermain Rubik

Weekend ke wiken?

Weekend.. mmg saat yg ditunggu-tunggu oleh semua kan? wiken ni rumet aku balik umah..tp ex-rumet aku, Ise, dtg dr KL lepak kt bilik aku. Saje dtg nk jumpe awek die laa tu. Timing mmg kne, mcm tau2 jer rumet aku xdak wiken ni so die leh la tdo atas katil rumet aku tu.. da 2 kali kot mcm nih. Rumet aku balik kg, beraya.. almaklumlah raya smggu aritu braya kt kampung yg satu lg.. adoii~ hari ni lak sudah 3 hari aku puasa enam, esok hari keempat puasa. x sabar nk tggu raya lg.. wiiiiee~

Terasa sgt seronok wiken ni, sbb pre-EDX da abes hari Rabu aritu..jd bebanan pon berkurang laa. But still have lot of projects to do. Masa pre-EDX, aku dievaluate sama Mr. Izzatdin n Ms. Emelia Akashah. The presentation went very well, sronok la present dpn diorg sbb diorg tu sempoii abes, xde nak attack2 aku nih. Mr Izzatdin lak mmg da knal aku, so memudahkan lg urusan lew. Hopefully dpt markah tinggi walaupon x layak ke EDX. Rasa sedih pon ade, tp mmg la x dpt masuk sbb system not fully finished~! Just finished around 90% camtu je kot.. poster lak kol 2 nak present time tu la bru siap printed! Hehee..


Sedar tak sedar.. wiken ni aku da abeskan 4 movies made in Malaysia.. and 1 from seberang, Indonesia.. sokonglah industri filem tempatan.. waduh2.. cte ape? cte..
  • I'm Not Single
  • Apa Kata Hati
  • Pensil
  • Sepi
  • Love
pendapat aku..jalan cte biasa saje. tp cte pensil tu mmg touching la sket.. pasal kehidupan budak cacat. Sepi lak cam biasa je bg aku, but I like it becoz mcm new idea dlm industri filem kita nih.. arahan Kabir Bhatia.. LOVE? kalo sesape yg pernah tgk CINTA (Malaysia version) cte LOVE lak ialah adaptasi CINTA tp Indonesia punye version.. aku suke cte dier.. mmg menusuk jiwa dan perasaan.. lagu tema: Sempurna, alamak~ terjiwang sudaa..

This week aku nak siapkan project utk Multimedia Systems, buat courseware pembelajaran utk budak sekolah menengah.. look easy for me bcoz project ni x jauh bezanya dr FYP aku. From group of 3 persons, just aku ngn Faiz Wazir jer yg smngat.. lg sorg tu si budak junior. Takpe.. kang aku bg die present bia padan muke die.. Hahaha.

Raya Holiday!~

Assalamualaikum semua~...

Balik kampung still got 4 days utk puasa kt umah.. teringat kembali detik2 berpuasa kat umah. Mmg best~ dgn adik-beradik aku yg semuanya balik menambahkan kemeriahan.. time sahur ngn time bukak pose.

Time puasa jgk aku tolong makcik aku sediakan kuih-muih utk dijual di gerai tepi Jalan Tok Hakim..mmg makcik aku bukak gerai kt situ tiap2 ptg..samada bulan puasa atau tak.. kt gerai pon aku tolong gk, tolong jual kuih. Kalo suh aku bungkus makanan tu dah menjadi kebiasaan. Last day gerai dibuka, mmg ramai org Kota dtg beli juadah berbuka puasa, sehingga adik-beradik aku yg len pon turut sama membantu.. ramai gk jumpe member2 sekolah lame masa ni.




Hari raya pertama..pagi2 lagi pergi kubur Banggol lawat kubur atuk n sedara mara.. pagi tu sejukk sgt, dah la aku selesema sehari sblom raya..lepas g kubur, singgah jap kampung aku kt W.M. Zainab makan sate.. pastu balik umah.. semyang raya.. bsalam-salaman..


Raya pertama went to both kampung, dua2 kat KB.. Satu kat Jln Wakaf Mek Zainab then satu lagi Kota, Pintu Geng.. raya kedua ketiga.. p beraya kt rumah sedara mara.. Raya keempat lak wat rumah terbuka..


Sekian coretan sempena Raya holiday.. see u again~